Connect with us

Terkini

Tiada undang-undang tegas tangani isu murtad di Malaysia

Tiada undang-undang tegas dalam menangani isu murtad di Malaysia melainkan hanya hebahan untuk beri kesedaran kepada umat Islam yang dilaksanakan pihak berkuasa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Hidayah Sani

Published

on

Tiada undang-undang tegas tangani isu murtad di Malaysia
Foto: penulis, Afyan Mat Rawi.
  • Tiada undang-undang tegas tangani isu murtad di Malaysia melainkan hanya hebahan untuk beri kesedaran kepada umat Islam yang dilaksanakan pihak berkuasa seperti JAKIM.
  • Penulis, Afyan Mat Rawi menegaskan umat Islam wajib menjaga diri mereka, keluarga serta generasi akan datang daripada sebarang elemen liberalisasi agama.

KUALA LUMPUR – Tiada undang-undang tegas dalam menangani isu murtad di Malaysia melainkan hanya hebahan untuk beri kesedaran kepada umat Islam yang dilaksanakan pihak berkuasa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Berikutan itu, penulis, Afyan Mat Rawi menegaskan umat Islam wajib menjaga diri mereka, keluarga serta generasi akan datang daripada sebarang elemen liberalisasi agama.

“Sebenarnya di Malaysia tidak ada undang-undang tegas menangani isu murtad. Perkara ini bukan baru, ia sudah lama.

“Hanya hebahan supaya kesedaran kepada umat Islam sahaja yang boleh dibuat oleh pihak berkuasa seperti JAKIM,” katanya di Facebook.

Afyan berkata, sebagai contoh tahun lalu JAKIM telah mengeluarkan kenyataan berkenaan urus niaga sebuah syarikat MLM yang menjalankan aktiviti Kristianisasi.

Menurutnya, dalam kenyataan itu JAKIM menegaskan umat Islam dilarang melibatkan diri dalam aktiviti urus niaga dan mempromosikan syarikat berkenaan atau apa-apa perniagaan seumpamanya yang menyumbang kepada gerakan anti Islam.

Sumber : tangkap layar FB Afyan Mat Rawi, IFP

Katanya, bagaimanapun syarikat berkenaan masih beroperasi seperti biasa sehingga ke hari ini malah ketua-ketua Muslim turut didakwa masih aktif mempromosikannya setiap hari.

“Perkara sama bakal berlaku terhadap penggiat filem Mentega Terbang. Tindakan serius tidak akan ada.

“Ia bukan soal kerajaan mana yang memerintah tapi ketiadaan undang-undang tegas menangani isu sebegini.

“Kita mungkin dapat menjaga akidah kita dan keluarga kita sekarang, tapi bagaimana dengan generasi kita akan datang? Sebab itu kita wajib untuk sensitif apabila timbul isu sebegini,” katanya yang juga merupakan perunding kewangan.

Afyan berkata, malangnya ada segelintir umat Islam sendiri mencemuh umat Islam lain yang bangkit bahkan ada sesetengah tahi politik yang mengambil kesempatan menjadikannya sebagai modal politik untuk menunjuk hero.

JAKIM pada tahun 2021, menegaskan tindakan undang-undang boleh diambil terhadap individu yang cuba menghasut orang Islam untuk murtad. 

Ketika itu, Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Aziz Jusoh dilaporkan berkata, pihak terlibat boleh didakwa di bawah Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam di beberapa negeri.

Ini termasuk bukan Islam yang menghasut, memujuk, mempengaruhi atau memaksa individu Islam agar meninggalkan agama Islam atau tidak suka kepada ajaran Islam.

Terdahulu, filem Mentega Terbang yang disiarkan di platform Viu bermula 19 Januari itu dialih keluar pada 27 Februari lalu susulan dikritik hebat kerana kandungannya yang didakwa mempersendakan agama dan dikhuatiri memesongkan akidah. 

Filem itu mengisahkan tentang Aisyah, 16, yang mengkaji kitab suci pelbagai agama untuk mencari jawapan tentang kehidupan selepas mati dan tertarik pada kepercayaan kelahiran semula.

Terbaharu, media melaporkan filem kontroversi itu kini di bawah penelitian dan siasatan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). – The Merdeka Times

Sumber : Facebook Afyan Mat Rawi, IFP,Utusan Malaysia

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Antarabangsa

Ratusan penunjuk perasaan Jordan protes dan sekat trak barangan ke Israel

Ratusan penunjuk perasaan di Jordan membentuk rantaian manusia minggu lalu bertujuan menyekat trak barangan menuju ke Israel di tengah-tengah serangan kejam rejim itu ke atas Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penunjuk perasaan di Jordan menyekat trak barangan menuju ke Israel.
  • Ratusan penunjuk perasaan di Jordan membentuk rantaian manusia minggu lalu bertujuan menyekat trak barangan menuju ke Israel di tengah-tengah serangan kejam rejim itu ke atas Gaza.
  • The New Arab melaporkan protes itu diadakan berhampiran Jambatan Na’ima di lebuh raya menuju ke bandar Irbid, utara Jordan.
  • Laluan itu digunakan trak-trak yang menuju ke Jambatan Sheikh Hussein yang menghubungkan negara itu dengan Israel.
  • Aktivis membantah penglibatan Jordan dalam koridor darat “Dubai-Haifa” yang menghubungkan Pelabuhan Jebel Ali Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke pelabuhan Haifa Israel, melalui jalan yang merentasi Arab Saudi dan Jordan.
  • Penunjuk perasaan yang terlibat menaikkan sepanduk mengecam penyertaan Jordan dalam koridor darat Dubai-Haifa, termasuk penyertaan negara-negara Teluk.

Ratusan penunjuk perasaan di Jordan membentuk rantaian manusia minggu lalu bertujuan menyekat trak barangan menuju ke Israel di tengah-tengah serangan kejam rejim itu ke atas Gaza.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

The New Arab melaporkan protes itu diadakan berhampiran Jambatan Na’ima di lebuh raya menuju ke bandar Irbid, utara Jordan.

Laluan itu digunakan trak-trak yang menuju ke Jambatan Sheikh Hussein yang menghubungkan negara itu dengan Israel.

Aktivis membantah penglibatan Jordan dalam koridor darat “Dubai-Haifa” yang menghubungkan Pelabuhan Jebel Ali Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke pelabuhan Haifa Israel melalui jalan yang merentasi Arab Saudi dan Jordan.

Penunjuk perasaan yang terlibat menaikkan sepanduk mengecam penyertaan Jordan dalam koridor darat Dubai-Haifa, termasuk penyertaan negara-negara Teluk.

Jumaat lalu, sementara pasukan keselamatan Jordan menghalang protes di utara berhampiran sempadan Israel, penunjuk perasaan berarak dan duduk di atas jambatan bermula selepas solat Jumaat di Amman.

Protes itu dianjurkan himpunan organisasi di bawah naungan pasukan pembangkang Jordan yang dipanggil Forum Kebangsaan Menyokong Penentangan dan Gerakan Islam, lapor akhbar Al-Araby Al-Jadeed.

Slogan utama pemprotes ditujukan kepada kerajaan Jordan dan kerajaan Arab lain ialah: “Jambatan darat diperlukan untuk ke Gaza, bukan untuk zionis.”

Tiada kerajaan Arab terlibat dengan koridor darat Dubai-Haifa setakat ini mengulas secara terbuka berkaitan insiden itu.

Israel dilihat berminat untuk menonjolkan peranan laluan darat yang bakal membantunya mengelak ketegangan yang sedang berlaku di Laut Merah.

Menteri Pengangkutan Israel, Miri Regev pada Khamis lalu muncul dalam sebuah video di Mundra, India, memberi penerangan bagaimana barangan kargo yang bakal melalui UAE, Arab Saudi dan Jordan akan selamat sampai di Israel. – The Merdeka Times

 

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending