Antarabangsa
Ramadan: Israel umum sekatan terhadap rakyat Palestin ke Masjid Al-Aqsa
Israel mengumumkan sekatan terhadap rakyat Palestin untuk memasuki Masjid Al-Aqsa sepanjang Ramadan.
- “Wanita dari semua peringkat umur, kanak-kanak lelaki sehingga 12 tahun dan lelaki berusia lebih 55 tahun bagaimanapun akan dibenarkan masuk ke Masjid Al-Aqsa pada bulan Ramadan tanpa permit,” Agensi Anadolu memetik penyelaras Aktiviti Kerajaan di Wilayah, Mejar Jeneral Ghassan Alyan, berkata dalam satu kenyataan pada Isnin.
- Israel akan mengenakan permit kepada lelaki berumur 45 hingga 55 tahun, katanya.
- Pegawai Israel itu juga berkata ‘kelulusan keselamatan’ diperlukan bagi rakyat Palestin di Tebing Barat untuk melawat saudara mereka di 48 wilayah, atau warga asing melawat saudara mereka di Tebing Barat.
- Di Semenanjung Gaza, Israel mengenakan kuota terhad untuk wanita berumur 50 tahun ke atas, dan lelaki berumur 55 tahun ke atas, dari Ahad hingga Khamis, untuk memasuki Masjid Al-Aqsa, menurut kenyataan itu.
ISTANBUL: Israel mengumumkan sekatan terhadap rakyat Palestin untuk memasuki Masjid Al-Aqsa sepanjang Ramadan.
“Wanita dari semua peringkat umur, kanak-kanak lelaki sehingga 12 tahun dan lelaki berusia lebih 55 tahun bagaimanapun akan dibenarkan masuk ke Masjid Al-Aqsa pada bulan Ramadan tanpa permit,” Agensi Anadolu memetik penyelaras Aktiviti Kerajaan di Wilayah, Mejar Jeneral Ghassan Alyan, berkata dalam satu kenyataan pada Isnin.
Israel akan mengenakan permit kepada lelaki berumur 45 hingga 55 tahun, katanya.
Pegawai Israel itu juga berkata ‘kelulusan keselamatan’ diperlukan bagi rakyat Palestin di Tebing Barat untuk melawat saudara mereka di 48 wilayah, atau warga asing melawat saudara mereka di Tebing Barat.
Di Semenanjung Gaza, Israel mengenakan kuota terhad untuk wanita berumur 50 tahun ke atas, dan lelaki berumur 55 tahun ke atas, dari Ahad hingga Khamis, untuk memasuki Masjid Al-Aqsa, menurut kenyataan itu.
Ketegangan meningkat di seluruh Tebing Barat sejak beberapa bulan kebelakangan ini, susulan serbuan tentera Israel ke bandar-bandar Palestin.
Hampir 90 rakyat Palestin dan 14 warga Israel terbunuh dalam serangan berasingan sejak awal tahun ini.
Sumber: Berita Harian