Connect with us

Terkini

Perak mohon KKM pertimbang lanjutkan operasi klinik kesihatan

Kerajaan Perak akan memohon Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memanjangkan tempoh operasi klinik kesihatan di beberapa kawasan dan daerah di negeri ini. 

Wartawan TMT

Published

on

Perak mohon KKM pertimbang lanjutkan operasi klinik kesihatan
Foto: Gambar Klinik Kesihatan di Kuala Kangsar.
  • Pengerusi Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, A Sivanesan berkata, usaha itu bagi mengurangkan kesesakan di hospital kerajaan memandangkan terdapat beberapa daerah yang jauh dari lokasi klinik kesihatan sedia ada.
  • “Setakat ini, pemanjangan Waktu Operasi Selepas Waktu Pejabat telah  dilaksanakan di Klinik Kesihatan Tapah, Teluk Intan, GreenTown, Kamunting, Taiping, Setiawan dan Tanjung Malim.
  • “Kita melihat keperluan seperti di Bagan Datuk, Lenggong, Manjung yang setakat ini agak jauh daripada klinik yang telah beroperasi lebih masa jadi saya akan bincang dengan menteri untuk tambahan beberapa klinik kesihatan yang dilihat perlu,” katanya dalam sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
  • KKM sebelum ini telah memanjangkan waktu operasi 52 klinik kesihatan di seluruh negara sebagai langkah mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan Hospital.

IPOH, 14 Mac (Bernama) — Kerajaan Perak akan memohon Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memanjangkan tempoh operasi klinik kesihatan di beberapa kawasan dan daerah di negeri ini. 

Pengerusi Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak A Sivanesan berkata usaha itu perlu bagi mengurangkan kesesakan di hospital kerajaan memandangkan terdapat beberapa daerah yang jauh dari lokasi klinik kesihatan sedia ada.

“Setakat ini, pemanjangan Waktu Operasi Selepas Waktu Pejabat telah  dilaksanakan di Klinik Kesihatan Tapah, Teluk Intan, GreenTown, Kamunting, Taiping, Setiawan dan Tanjung Malim.

“Kita melihat keperluan seperti di Bagan Datuk, Lenggong, Manjung yang setakat ini agak jauh daripada klinik yang telah beroperasi lebih masa jadi saya akan bincang dengan menteri untuk tambahan beberapa klinik kesihatan yang dilihat perlu,” katanya dalam sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

KKM sebelum ini telah memanjangkan waktu operasi 52 klinik kesihatan di seluruh negara sebagai langkah untuk mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan Hospital.

Waktu operasi klinik itu akan dipanjangkan dari pukul 5 petang hingga 9.30 malam pada Isnin hingga Jumaat dan dari 8 pagi hingga 12 tengah hari pada Sabtu.

Sementara itu, Sivanesan berkata Perak merekodkan peningkatan 530 kes kumulatif demam denggi berbanding 106 kes dalam tempoh sama tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak 414 kes atau 390.6 peratus.

“Jumlah kes demam denggi pada Minggu Epidemiologi (ME) kesepuluh tahun ini iaitu 5 Mac sehingga 11 Mac, mencatatkan peningkatan kepada 79 kes berbanding 63 kes pada minggu sebelumnya.

“Sebanyak 11 daerah telah melaporkan kes Denggi pada ME10 iaitu Kinta (35), Kerian (11), Kampar (9), Batang Padang (6), Larut Matang dan Selama (5) Hulu Perak, Manjung dan Muallim masing-masing tiga kes, Hilir Perak (2) manakala Bagan Datuk dan Kuala Kangsar masing-masing satu kes,” katanya. 

Katanya semua daerah menunjukkan peningkatan kes berbanding tahun lepas kecuali Perak Tengah namun tiada sebarang kes kematian dilaporkan setakat ini. – BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending