Connect with us

Antarabangsa

Pejuang Hamas ditembak rejim zionis

Seorang lelaki warga Palestin yang juga pejuang Hamas maut selepas ditembak polis di Tel Aviv semalam, dengan kejadian itu berlaku ketika pergolakan semakin meningkat di Tebing Barat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pejuang Hamas ditembak rejim zionis
Foto: Polis mengepung satu sudut jalan di lokasi serangan berlaku.
  • Seorang lelaki warga Palestin yang juga pejuang Hamas maut ditembak polis di Tel Aviv semalam, kejadian itu berlaku ketika pergolakan semakin meningkat di Tebing Barat.
  • Lelaki terbabit ditembak mati selepas dia melepaskan tembakan yang mencederakan tiga mangsa lain, insiden itu disifatkan sebagai ‘serangan pengganas’ oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
  • Pesuruhjaya polis Israel berkata, empat individu, masing-masing dua polis dan orang awam yang berada di lokasi kejadian menyerang serta membunuh suspek.

TEL AVIV: Seorang lelaki warga Palestin yang juga pejuang Hamas maut selepas ditembak polis di Tel Aviv semalam, dengan kejadian itu berlaku ketika pergolakan semakin meningkat di Tebing Barat.

Lelaki terbabit ditembak mati selepas dia melepaskan tembakan yang mencederakan tiga mangsa lain dengan insiden itu disifatkan sebagai ‘serangan pengganas’ oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Pejuang Hamas mendakwa lelaki berusia 23 tahun dan berasal dari Tebing Barat itu adalah ahli mereka.

Rakaman Reuters menunjukkan suatu sudut jalan di Dizengoff, berhampiran pusat bandar di lokasi kejadian kosong selepas pelanggan di restoran berdekatan melarikan diri ketika sedang menjamu selera.

Pasukan perubatan merawat mangsa cedera di kaki lima berhampiran.

Pesuruhjaya polis Israel berkata, empat individu, masing-masing dua polis dan orang awam yang berada di lokasi kejadian menyerang serta membunuh suspek.

Kejadian itu menyusuli serangan bertubi-tubi penduduk Palestin di sekitar Baitulmaqdis dan Tebing Barat yang mengorbankan 13 warga Israel dan seorang wanita Ukraine, sejak akhir Januari lalu.

Tentera Israel menahan ribuan orang di Tebing Barat dan membunuh lebih 200 rakyat Palestin, termasuk pejuang dan orang awam, manakala lebih 40 warga Israel maut dalam serangan dilakukan rakyat Palestin, sepanjang tahun lalu.

Netanyahu selepas menerima maklum balas mengenai serangan itu berkata, ada satu lagi serangan pengganas di ibu kota Tel Aviv, malam tadi.

Kita memperkukuh pasukan keselamatan dan polis yang memerangi setiap serangan pengganas,” katanya yang berada di Itali sempena lawatan kerja.

Tentera Israel pula berkata, pihaknya melakukan operasi di bandar Tebing Barat, lokasi kediaman lelaki bersenjata itu.

Terdahulu, tentera Israel membunuh tiga pejuang bersenjata kumpulan Jihad Islam dalam pertempuran di Tebing Barat, semalam, dengan Hamas menyifatkan insiden di Tel Aviv adalah serangan balas.

Jurucakap Hamas, Hazem Qassem, berkata serangan wira itu adalah tindak balas semula jadi terhadap jenayah dilakukan tentera Israel.

Tiga mangsa cedera dalam tembakan di Tel Aviv dirawat di hospital dengan seorang berada dalam keadaan serius.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *