Connect with us

Antarabangsa

Orang Asia Timur lebih cenderung hidap kanser perut akibat rendah toleransi alkohol – Kajian

Orang Asia Timur lebih cenderung kepada penyakit kanser jenis yang lebih agresif disebabkan tahap kesukaran penerimaan alkohol tubuh mereka adalah lebih tinggi, demikian menurut kajian terbaharu diketuai penyelidik di Jepun.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Orang Asia Timur lebih cenderung hidap kanser perut akibat rendah toleransi alkohol – Kajian
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Orang Asia Timur lebih cenderung kepada penyakit kanser jenis yang lebih agresif disebabkan tahap penerimaan tubuh yang lebih rendah terhadap alkohol.
  • Kadar penerimaan tubuh yang lebih rendah terhadap alkohol meningkatkan risiko penyerapan kanser perut.
  • Demikian menurut penemuan yang diterbitkan dalam jurnal saintifik Nature Genetics minggu lalu.

Orang Asia Timur lebih cenderung kepada penyakit kanser jenis yang lebih agresif disebabkan tahap kesukaran penerimaan alkohol tubuh mereka adalah lebih tinggi, demikian menurut kajian terbaharu diketuai penyelidik di Jepun.

Memetik laporan NBC News, penemuan diterbitkan dalam jurnal saintifik Nature Genetics minggu lalu mengaitkan kadar penerimaan tubuh yang lebih rendah terhadap alkohol dengan risiko penyerapan kanser perut yang lebih tinggi, sejenis kanser gastrik yang jarang ditemui dan menjejaskan lebih dari satu kawasan perut.

Ketua Pegawai Saintifik American Cancer Society, Dr William Dahut berkata kajian yang mengumpulkan sel daripada hampir 1,500 pesakit kanser perut di Jepun, China, Korea Selatan, Singapura dan Amerika Syarikat (AS) itu adalah analisis genomik meluas pertama kanser gastrik.

“Terdapat kombinasi menarik antara pembangunan mutasi dan genotip tertentu di Asia Timur, yang mengganggu metabolisme alkohol,” kata Dr William yang tidak terlibat dalam kajian itu.

“Nampaknya seperti sesiapa yang mempunyai genotip itu, mereka lebih cenderung untuk menghasilkan mutasi tertentu tumor”.

Populasi di Asia Timur telah lama terjejas secara tidak seimbang oleh kanser perut berbanding negara Barat.

Separuh daripada keseluruhan kes kanser gastrik di seluruh dunia berlaku di China, dan ia adalah jenis kanser yang biasa ditemui dalam kalangan lelaki Jepun.

Namun di Amerika Syarikat, kanser gastrik menyumbang hanya kira-kira 1.5 peratus daripada semua kanser baru yang didiagnosis setiap tahun.

Orang berketurunan Asia Timur lebih cenderung mewarisi mutasi genetik yang tidak biasa didapati oleh kumpulan etnik lain yang menjejaskan keupayaan memetabolismakan alkohol.

Ini adalah mutasi sama yang menyebabkan kemerahan muka selepas minum arak yang sering dikenali sebagai ‘Asian glow’ atau ‘Asian flush’, demikian menurut pengarang kajian bersama Tatsuhiro Shibata.

Tatsuhiro yang mengetuai Bahagian Genomik Kanser di Institut Penyelidikan Pusat Kanser Kebangsaan Jepun berkata, beliau berharap penemuan itu memudahkan penyelidik mengesan corak dalam permulaan kanser perut.

“Kami mungkin membangunkan beberapa cara khusus untuk mengesan kawasan dan mungkin mencegah kanser tertentu,” katanya.

Penyelidik pengesanan kanser gastrousus di Pusat Perubatan City of Hope California, Ajay Goel pula berkata, ketidakupayaan tubuh kebanyakan orang Asia Timur untuk memproses alkohol dengan betul boleh mengakibatkan kecenderungan gastritis yang kronik terhadap mereka yang kerap minum arak.

“Itu membawa kepada keradangan kronik di dalam perut,” kata Ajay yang tidak terlibat dengan kajian terbaharu tersebut.

“Dan akhirnya, selama bertahun-tahun pendedahan berulang, pesakit ini cenderung mendapat peningkatan kanser gastrik.”

Statistik juga menunjukkan yang kes kanser gastrik juga lebih kerap berlaku pada lelaki berbanding wanita.

Tetapi Anjay menyifatkan perkara itu logik dari perspektif tingkah laku, dan bukannya disebabkan faktor genetik yang wujud.

Hal ini kerana data menunjukkan yang lelaki Asia Timur lebih banyak minum arak berbanding wanita.

Seperti mana-mana jenis kanser, pengesanan awal adalah penting untuk merawat kanser perut.

Tetapi disebabkan ia jarang berlaku di Barat seperti kanser payudara, serviks dan kolon, AS tidak menjalankan pemeriksaan kanser gastrik secara kerap.

Sumber: NBC News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *