Connect with us

Antarabangsa

Muslim Jerman mahu kerajaan tegas kekang Islamofobia

Umat Islam di Jerman menyeru kerajaan untuk berpendirian lebih tegas terhadap isu anti-Islam sambil mengatakan Muslim berterus-terusan berdepan sangkaan buruk, jenayah kebencian dan diskriminasi dalam kehidupan harian mereka.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Muslim Jerman mahu kerajaan tegas kekang Islamofobia
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Umat Islam Jerman menyeru kerajaan untuk berpendirian lebih tegas terhadap isu anti-Islam.
  • Kebencian terhadap umat Islam bukan hanya melalui kata-kata, malah melalui tindakan – Presiden Majlis Pusat Umat Islam Jerman, Aiman Mazyek.
  • Kerajaan juga diseru melakukan langkah lebih kuat untuk menangani masalah itu, dan mengulangi tuntutan untuk melantik seorang pesuruhjaya untuk memerangi isu anti-Islam.
  • Pihak berkuasa Jerman melaporkan sekurang-kurangnya 272 jenayah anti-Islam pada tahun lalu.

Umat Islam di Jerman menyeru kerajaan untuk berpendirian lebih tegas terhadap isu anti-Islam sambil mengatakan Muslim berterus-terusan berdepan sangkaan buruk, jenayah kebencian dan diskriminasi dalam kehidupan harian mereka.

“Ulang tahun serangan ke atas masjid di Christchurch mengingatkan kita bahawa prejudis dan kebencian terhadap umat Islam bukan hanya melalui kata-kata, malah melalui tindakan,” kata Presiden Majlis Pusat Umat Islam di Jerman, Aiman Mazyek dalam satu kenyataan pada 15 Mac lalu.

“Ini menunjukkan dengan jelas bahawa kita perlu melakukan usaha lebih tegas untuk mencegah Islamofobia dalam masyarakat, walaupun kadangkala digambarkan sebagai kritikan terhadap Islam,” kata Mazyek dipetik TRT World.

Mazyek menyeru kerajaan untuk melakukan langkah lebih kuat untuk menangani masalah itu dan mengulangi tuntutan umat Islam Jerman untuk melantik seorang pesuruhjaya untuk memerangi isu anti-Islam.

Jerman menunjukkan peningkatan dalam masalah perkauman dan kebencian anti-Islam sejak beberapa tahun kebelakangan ini, di mana ia didorong propaganda parti berhaluan kanan yang mengeksploitasi krisis pelarian dan cuba menimbulkan ketakutan terhadap kelompok pendatang.

Pihak berkuasa di Jerman melaporkan sekurang-kurangnya 272 jenayah anti-Islam direkod tahun lalu, termasuk serangan secara lisan dan fizikal, surat-surat ancaman serta serangan membakar masjid.

Dengan jumlah penduduk seramai 84 juta orang, Jerman mempunyai penduduk Muslim kedua terbesar di Eropah Barat selepas Perancis. Hampir lima juta umat Islam menetap di Jerman, demikian menurut angka rasmi. 

Sumber: TRT World

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *