Connect with us

Terkini

Mesyuarat Panel Penempatan Kanak-Kanak ditubuhkan bagi tangani kes penderaan – KPWKM

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menubuhkan Mesyuarat Panel Penempatan Kanak-Kanak kepada Orang Yang Layak dan Sesuai di peringkat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri dalam usaha untuk menangani kes penderaan terhadap golongan itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Mesyuarat Panel Penempatan Kanak-Kanak ditubuhkan bagi tangani kes penderaan – KPWKM
Foto: Datuk Seri Nancy Shukri.
  • Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri berkata mesyuarat panel itu yang dipengerusikan Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri, turut melibatkan keahlian Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah dan pelindung bagi kes pemeliharaan dan perlindungan kanak-kanak yang ditempatkan dalam jagaan orang yang bukan ibu atau bapa kanak-kanak itu.
  • Beliau berkata KPWKM memandang serius terhadap sebarang kes penderaan ke atas kanak-kanak dan dengan kerjasama agensi di bawahnya, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan dari pelbagai aspek termasuk pelaksanaan dasar dan perundangan, penyampaian perkhidmatan dan khidmat sokongan.
  • “Antara langkah-langkah segera yang turut dilaksanakan KPWKM adalah mewujudkan Garis Panduan Pengurusan Penempatan Kanak-Kanak kepada Ibu Bapa dan Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS).
  • “Melalui Garis Panduan ini, pegawai pelindung JKM mempunyai rujukan dan panduan secara terperinci dalam proses membuat syor pihak yang layak menjadi OYLS, sebelum diputuskan oleh mahkamah,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab soalan Datuk Seri Doris Sophia Brodi (GPS-Sri Aman) yang ingin tahu langkah segera KPWKM dalam menangani masalah penderaan dan sosial membabitkan kanak-kanak.

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menubuhkan Mesyuarat Panel Penempatan Kanak-Kanak kepada Orang Yang Layak dan Sesuai di peringkat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri dalam usaha untuk menangani kes penderaan terhadap golongan itu.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata mesyuarat panel itu yang dipengerusikan Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri, akan turut melibatkan keahlian Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah dan pelindung bagi kes pemeliharaan dan perlindungan kanak-kanak yang ditempatkan dalam jagaan orang yang bukan ibu atau bapa kanak-kanak itu.

Beliau berkata KPWKM memandang serius terhadap sebarang kes penderaan ke atas kanak-kanak dan dengan kerjasama agensi di bawahnya, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan daripada pelbagai aspek termasuk pelaksanaan dasar dan perundangan, penyampaian perkhidmatan dan khidmat sokongan.

“Antara langkah-langkah segera yang turut dilaksanakan KPWKM adalah mewujudkan Garis Panduan Pengurusan Penempatan Kanak-Kanak kepada Ibu Bapa dan Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS).

“Melalui Garis Panduan ini, pegawai pelindung JKM mempunyai rujukan dan panduan secara terperinci dalam proses membuat syor pihak yang layak menjadi OYLS, sebelum diputuskan oleh mahkamah,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Seri Doris Sophia Brodi (GPS-Sri Aman) yang ingin tahu langkah segera KPWKM dalam menangani masalah penderaan dan sosial membabitkan kanak-kanak.

Dalam hal itu, Nancy berkata beberapa tindakan penguatkuasaan juga telah dilaksanakan terhadap pusat jagaan kanak-kanak yang ditubuhkan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 bagi memastikan kebajikan, kesejahteraan dan keselamatan penghuni di pusat jagaan berkenaan terjamin.

“Antara yang telah dilaksanakan oleh JKM dalam memastikan pusat-pusat jagaan ini beroperasi mengikut peraturan yang ditetapkan adalah seperti melaksanakan lak atau sita, pendakwaan dan kompaun.

“Pada masa yang sama, Task Force Pemutihan dan Tindakan Penguatkuasaan ke atas pusat jagaan yang tidak berdaftar turut ditubuhkan,” katanya.

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *