Connect with us

Terkini

(VIDEO) ‘Lebih banyak subsidi haji, lebih panjang bakal haji beratur’ – Mantan CEO TH

Mantan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff meminta masyarakat Islam untuk kembali kepada konsep istito’ah iaitu haji hanya diwajibkan ke atas orang yang mampu sahaja.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

‘Lebih banyak subsidi haji, lebih panjang bakal haji beratur’ - Mantan CEO TH
Foto: Mantan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff.
  • Mantan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff meminta masyarakat Islam kembali kepada konsep istito’ah iaitu haji hanya diwajibkan ke atas orang yang mampu sahaja.
  • Ini susulan TH memaklumkan menaikkan kadar bayaran haji setiap tahun untuk memastikan kelestarian Bantuan Kewangan Haji dan kesinambungan institusi itu.
  • “Sebenarnya ini bukan konsep asal Tabung Haji… dulu mungkin RM500 (subsidi) sekarang dah sampai ada yang perlu bayar hanya satu per tiga dari kos haji. 
  • Situasi ini buatkan ramai golongan jadi ‘mampu’ hingga ada individu benar-benar layak terpaksa beratur melebihi 135 tahun menunggu kuota mengerjakan haji.
  • “Kedua-dua benda ini kena dibincangkan sekali tak boleh cerita subsidi asing yang ini (waktu menunggu) tidak dibincangkan langsung…kalau kita bincang sekali baru nampak lagi banyak subsidi lagi panjang beratur haji.
  • “Benda ini kalau tak bincangkan secara ilmiah, rasional ia akan jadi emosional jadi sebab itu saya tak kata kena berhentikan (subsidi) saya tak kata teruskan tapi kena dibincangkan secara menyeluruh mungkin oleh jawatankuasa fatwa,” katanya kepada The Merdeka Times di sini, semalam.

KUALA LUMPUR –  Mantan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff meminta masyarakat Islam untuk kembali kepada konsep istito’ah iaitu haji hanya diwajibkan ke atas orang yang mampu sahaja.

Nik Hasyudeen berkata demikian susulan Lembaga TH memaklumkan akan menaikkan kadar bayaran haji setiap tahun untuk memastikan kelestarian HAFIS (Bantuan Kewangan Haji) dan kesinambungan institusi itu sendiri.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Sri Amrin Awaluddin sebelum ini dilaporkan berkata peningkatan berterusan HAFIS pada setiap tahun akan memberi impak negatif kepada agihan keuntungan TH pada masa hadapan.

Mengulas lanjut, Nik Hasyudeen berkata sebelum tahun 2000 tiada isu dari segi sama ada ingin beri subsidi atau tidak kerana semua individu perlu membayar sebagaimana bayaran haji ditetapkan.

“Cuma tahun 2000 tak silap saya barulah kerajaan ada beri RM500 seorang dalam bentuk subsidi dan lepas itu dah jadi budaya pula walaupun duit itu sudah tiada dari kerajaan sebaliknya ia diambil dari keuntungan pendeposit.

“Sebenarnya ini bukan konsep asal Tabung Haji… dulu mungkin RM500 sekarang dah sampai ada yang perlu bayar hanya satu per tiga dari kos haji. 

“Bagi sayalah kena tengok sama ada ini menepati konsep istito’ah atau tidak, sebab yang diambil untuk menampung ini (bantuan kewangan haji) ialah menggunakan duit dari pendeposit. 

“Jadi kena tengok yang mana lebih dekat dengan syariah..yang itu kena rujuk mufti-mufti semua mereka yang buat keputusan,” katanya kepada The Merdeka Times di sini, semalam.

Nik Hasyudeen berkata situasi ini juga membuatkan ramai golongan jadi ‘mampu’ hingga ada individu yang benar-benar layak terpaksa beratur melebihi 135 tahun untuk menunggu kuota mengerjakan haji.

Ini juga tidak menepati tujuan asal penubuhan TH di mana ia membolehkan bakal haji menabung dan jika duit telah cukup maka boleh mengerjakan haji.

“Kedua-dua benda ini kena dibincangkan sekali tak boleh cerita subsidi asing yang ini (waktu menunggu) tidak dibincangkan langsung…kalau kita bincang sekali baru nampak lagi banyak subsidi lagi panjang beratur haji.

“Benda ini kalau tak bincangkan secara ilmiah, rasional ia akan jadi emosional jadi sebab itu saya tak kata kena berhentikan (subsidi) saya tak kata teruskan tapi kena dibincangkan secara menyeluruh mungkin oleh jawatankuasa fatwa,” katanya.

Nik Hasyudeen mengingatkan pihak terkait jangan hanya melihat aspek untuk memudahkan bakal haji mengerjakan ibadat itu sebaliknya mereka juga perlu memberi perhatian kepada isu individu terpaksa beratur lebih 135 tahun untuk mengerjakan haji.

“Bila dibincang sekali mungkin penyelesaian lebih jelas sebab Tabung Haji ditubuhkan atas dasar agama dia tak boleh lari dari agama…dia tak boleh masuk unsur politik atau emosi,” katanya yang juga berterusan menegaskan konsep istito’ah. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *