Connect with us

Antarabangsa

Larangan import tepung Houthi cetus kebimbangan pedagang Yaman

Bekalan tepung keperluan segara dibawa lori yang terkandas di luar pusat pemeriksaan Houthi akan rosak kerana kelewatan berikutan larangan militia terhadap import makanan dari wilayah yang dikawal kerajaan, demikian kebimbangan pedagang Yaman.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Larangan import tepung Houthi cetus kebimbangan pedagang Yaman
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lebih 100 lori yang membawa tepung terkandas selama beberapa hari di pusat pemeriksaan Houthi di Sanaa, Taiz dan Al-Bayda akibat sekatan militia.
  • Pedagang Yaman bimbang bekalan tepung itu akan rosak kerana kelewatan.
  • Mereka juga tidak membantah untuk membayar cukai atau sebarang bayaran lain yang diluluskan Houthi ke atas produk tersebut.
  • “Dengan samaran berbeza, Houthi memeras peniaga dan memaksa kos tambahan ke atas mereka. Mereka tidak peduli sama ada harga komoditi itu meningkat, atau jika ia hilang dari pasaran. Mereka hanya fikir untuk meningkatkan pendapatan mereka,” – Pegawai tentera Yaman di Taiz, Abdul Basit Al-Baher.
  • Militia mengharamkan import melalui pelabuhan yang dikawal kerajaan mulai awal tahun sebagai protes terhadap keputusan kerajaan menaikkan kadar pertukaran kastam dan memaksa ahli perniagaan mengimport barangan melalui pelabuhan Hodeidah.

Bekalan tepung keperluan segara dibawa lori yang terkandas di luar pusat pemeriksaan Houthi akan rosak kerana kelewatan berikutan larangan militia terhadap import makanan dari wilayah yang dikawal kerajaan, demikian kebimbangan pedagang Yaman.

Memetik laporan Arab News, lebih 100 lori yang membawa tepung terkandas selama beberapa hari di pusat pemeriksaan Houthi di Sanaa, Taiz dan Al-Bayda akibat sekatan militia.

Menurut pedagang, tepung itu berasal dari kilang dan kemudahan silo Aden, bukannya diimport melalui pelabuhan Aden.

Mereka juga tidak membantah untuk membayar cukai atau sebarang bayaran lain yang diluluskan Houthi ke atas produk itu.

Dalam satu surat kepada menteri perdagangan dan industri Houthi, puluhan pedagang mendakwa yang pekerja di daerah Al-Rahida di wilayah Taiz telah menghalang mereka mengimport tepung ke wilayah yang dikawal militia di Taiz dan wilayah Yaman yang lain.

Mereka berkata, pekerja mendakwa mereka bertindak di bawah arahan kementerian.

Hujan lebat minggu ini juga akan menjejaskan penghantaran dan menelan belanja berjuta riyal, kata pedagang terbabit.

Al-Rahida ialah pusat komersial untuk pedagang tempatan di daerah Dimnat Khadir, salah satu daripada lima daerah di wilayah Taiz di bawah kawalan Houthi.

Seorang pegawai tentera Yaman di Taiz, Abdul Basit Al-Baher memberitahu media tempatan pada Khamis yang sebanyak 170 trak tepung tersekat di luar pusat pemeriksaan Houthi.

Pihak militia menyekat barangan itu untuk memaksa pedagang membayar lebih banyak levi, walaupun ia bermakna menaikkan harga atau menghentikan barangan yang sangat diperlukan daripada sampai ke rak jualan, katanya.

“Dengan samaran berbeza, Houthi memeras peniaga dan memaksa kos tambahan ke atas mereka. Mereka tidak peduli sama ada harga komoditi itu meningkat, atau jika ia hilang dari pasaran. Mereka hanya fikir untuk meningkatkan pendapatan mereka,” kata Al-Baher.

Militia mengharamkan import melalui pelabuhan yang dikawal kerajaan mulai awal tahun sebagai protes terhadap keputusan kerajaan menaikkan kadar pertukaran kastam dan memaksa ahli perniagaan mengimport barangan melalui pelabuhan Hodeidah.

Gangguan perniagaan Houthi ini dijangka memburukkan lagi keadaan kemanusiaan Yaman, kerana organisasi bantuan asing menggesa penderma untuk menyokong program mereka yang memberi makan kepada jutaan rakyat Yaman.

Sumber: Arab News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *