Connect with us

Terkini

KPM, KKR pantau sekolah daif serta tidak selamat

Kementerian Pendidikan (KPM) akan bekerjasama dengan Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam usaha memantau sekolah yang disenaraikan daif serta tidak selamat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

KPM, KKR pantau sekolah daif serta tidak selamat
Foto: Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying (kiri).
  • Setakat ini sebanyak 830 sekolah disenaraikan sebagai bangunan daif di antara skala enam hingga tujuh terutama di Sabah dan Sarawak. – Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying
  • “Bagi skala enam, pemeriksaan dibuat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), manakala bagi skala tujuh pemeriksaan dan pengesahan dibuat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).”
  • “Selagi bangunan ini mengancam keselamatan murid, sudah tentu akan dipindahkan (tempat lain)… keselamatan murid akan diutamakan tetapi bangunan ini boleh lagi diselamatkan.”
  • “Jadi kita kena tengok keadaan macam mana… kita kena bekerja rapat dengan KKR untuk memastikan semua langkah pemeriksaan atau pemantauan dibuat dengan teliti bagi memastikan sekolah selamat diduduki,” kata Hui Ying pada sidang media selepas merasmikan Pameran Pendidikan Institusi Pengajian Tinggi Awam Siri 1 di Klang Commercial Convention Centre, di sini hari ini.

KLANG: Kementerian Pendidikan (KPM) akan bekerjasama dengan Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam usaha memantau sekolah yang disenaraikan daif serta tidak selamat.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying, berkata setakat ini sebanyak 830 sekolah disenaraikan sebagai bangunan daif di antara skala enam hingga tujuh terutama di Sabah dan Sarawak.

“Bagi skala enam, pemeriksaan dibuat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), manakala bagi skala tujuh pemeriksaan dan pengesahan dibuat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Selagi bangunan ini mengancam keselamatan murid, sudah tentu akan dipindahkan (tempat lain)… keselamatan murid akan diutamakan tetapi bangunan ini boleh lagi diselamatkan.

“Jadi kita kena tengok keadaan macam mana… kita kena bekerja rapat dengan KKR untuk memastikan semua langkah pemeriksaan atau pemantauan dibuat dengan teliti bagi memastikan sekolah selamat diduduki,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pameran Pendidikan Institusi Pengajian Tinggi Awam Siri 1 di Klang Commercial Convention Centre, di sini hari ini.

Mengulas lanjut katanya, kerosakan bangunan sekolah itu meliputi pelbagai aspek terutamanya membabitkan struktur bangunan yang tidak selamat dan mengancam keselamatan.

“Bangunan sekolah daif ini tidak selamat untuk diduduki oleh murid… skala enam dan skala tujuh itu mengancam keselamatan mereka… ini menjadi perhatian kita.

“Saya akan bincang dengan Menteri (Fadhlina Sidek) mengenai bangunan (sekolah) daif ini..kita mesti lakukan dengan serta-merta terutamanya di Sabah Sarawak.

“Selepas saya melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cheras Jaya, semalam, amat menyakitkan hati saya tetapi bersyukur kerana tiada apa-apa yang berlaku kepada pelajar, guru atau sesiapa sahaja yang berada di sekolah pada masa itu,” katanya.

Media semalam melaporkan kejadian bumbung runtuh membabitkan sebuah blok di SMK Cheras Jaya.

Hui Yin berkata, JKR sudah mengadakan mesyuarat susulan insiden itu dan akan menyiapkan laporan tersebut secepat mungkin untuk kos peruntukan baik pulih.

Sementara itu Pameran Pendidikan IPTA Siri 1 dianjurkan KPM dengan kerjasama Majlis Pengetua Sekolah Menengah Conforming Malaysia dan Gabungan Lembaga Pengelola Sekolah Malaysia diadakan di empat lokasi masing-masing satu di Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Johor.

Pameran bertujuan menyediakan platform kepada pelajar sekolah menengah khasnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai peluang yang disediakan oleh kerajaan dan agensi untuk mereka melanjutkan pelajaran dalam bidang pilihan masing masing.

Sumber: Berita Harian

Author