Connect with us

Terkini

Kes penukaran agama sepihak: Pengamal undang-undang digesa kaji perlembagaan secara komprehensif

Semua pengamal perundangan diminta segera membuat kajian secara komprehensif terhadap mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang masih lompang.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Rasyidah Zulkifli

Published

on

Kes penukaran agama sepihak: Pengamal undang-undang digesa kaji perlembagaan secara komprehensif
Foto: Aminuddin Yahaya.
  • Kajian itu bertujuan menjaga perundangan negara dalam perlembagaan persekutuan daripada dirobek.
  • Indira menjadi plaintif bagi membatalkan undang-undang yang membenarkan pertukaran agama kanak-kanak secara unilateral. – Aminuddin Yahaya
  • Kes Indira menjadi satu ‘batu asas’ baharu yang merubah interpretasi perlembagaan.
  • “Impaknya nanti ialah jika mana-mana pihak sama ada suami atau isteri memeluk Islam maka mereka tidak boleh mengislamkan anak-anak mereka,” katanya.
  • Anak-anak juga tidak boleh mengikut untuk turut memeluk Islam kerana ia mesti mendapat kebenaran daripada ibu atau bapa yang tidak memeluk Islam.

KUALA LUMPUR – Semua pengamal perundangan diminta segera membuat kajian secara komprehensif terhadap mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang masih lompang.

Aktivis isu-isu kepentingan Melayu, Aminuddin Yahaya berkata jika ia tidak dilakukan, maka satu per satu perundangan negara akan dirobek.

“Saya amat bimbang sehingga akhirnya penafsiran terhadap teks-teks perundangan negara terpaksa dilakukan mengikut rangka barat dan sekular sehingga tiada ruang untuk berpatah kembali kerana kegagalan masa lampau kelak (iaitu yang berlaku pada zaman kini),” katanya dalam satu hantaran Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada saman pemula yang difailkan M Indira Ghandi dan 13 plaintif lain terhadap lapan buah negeri di mahkamah pada 3 Mac lalu.

Aminuddin berkata, Indira melakukan hal itu bagi membatalkan undang-undang yang membenarkan pertukaran agama kanak-kanak secara unilateral.

“Ini adalah lanjutan kemenangan beliau di mahkamah pada 5 tahun lepas yang membatalkan pengislaman 3 anak beliau oleh suami beliau yang telah memeluk Islam,” katanya.

Menurutnya, kes Indira menjadi satu ‘batu asas’ baharu yang merubah interpretasi perlembagaan.

“Dalam menafsirkan istilah “parent” dalam Perlembagaan Persekutuan yang mana versi Bahasa Inggeris yang menjadi rujukan tunggal utama.

“Jika beliau berjaya, bermakna lapan buah negeri yang masih membenarkan pengislaman anak secara sebelah pihak (unilateral) akan dengan sendirinya terbatal,” katanya.

Negeri-negeri ini adalah Perlis, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang dan Wilayah Persekutuan.

“Impaknya nanti ialah jika mana-mana pihak sama ada suami atau isteri memeluk Islam maka mereka tidak boleh mengislamkan anak-anak mereka,” katanya.

Katanya lagi, anak-anak juga tidak boleh mengikut untuk turut memeluk Islam kerana ia mesti mendapat kebenaran daripada ibu atau bapa yang tidak memeluk Islam.

“Sekali lagi kedudukan Islam akan jadi semakin tercabar. Apa makna Islam sebagai Agama Persekutuan jika perkara yang semudah ini berjaya diubah?,” soalnya. – The Merdeka Times.

Sumber: Facebook Aminuddin Yahaya

Author