Connect with us

Terkini

Kerajaan lulus RM50 juta untuk banjir di Johor

Kerajaan meluluskan peruntukan segera RM50 juta untuk Johor susulan bencana banjir yang disifatkan terburuk pernah melanda negeri itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan lulus RM50 juta untuk banjir di Johor
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Kelulusan itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar, bagi tujuan laksanakan kerja baik pulih infrastruktur rosak disebabkan bah.
  • Berdasarkan data terkini, jumlah mangsa banjir di Johor menunjukkan sedikit perubahan apabila turun daripada 33,149 penduduk pada jam 8 pagi tadi, kepada 32,719 setakat jam 12 tengah hari ini.
  • Jumlah terkini membabitkan 9,253 keluarga yang kini ditempatkan di 218 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di semua 10 daerah di Johor yang terjejas banjir.

KUALA LUMPUR: Kerajaan meluluskan peruntukan segera RM50 juta untuk Johor susulan bencana banjir yang disifatkan terburuk pernah melanda negeri itu.

Kelulusan itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar, bagi tujuan melaksanakan kerja baik pulih infrastruktur yang rosak disebabkan bah.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Qaryah Serdang di Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini.

Berdasarkan data terkini, jumlah mangsa banjir di Johor menunjukkan sedikit perubahan apabila menurun daripada 33,149 penduduk pada jam 8 pagi tadi, kepada 32,719 setakat jam 12 tengah hari ini.

Jumlah terkini itu membabitkan 9,253 keluarga yang kini ditempatkan di 218 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di semua 10 daerah di Johor yang terjejas banjir.

Terdahulu, Perdana Menteri menyertai kira-kira 1,500 jemaah termasuk kakitangan dan pelajar UPM menunaikan solat Jumaat itu.

Beliau yang diiringi Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shaari, tiba di pekarangan masjid berkenaan kira-kira jam 1.35 tengah hari.

Usai solat Jumaat, Perdana Menteri yang lengkap berbaju Melayu mengambil kesempatan bersalaman dan beramah mesra dengan jemaah.

Terdahulu, Anwar menikmati makan tengah hari di sebuah gerai di Medan Selera Sri Serdang dan meluangkan masa kira-kira 20 minit bermesra dengan pengunjung.

Ketibaan Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun pada jam 1 tengah hari itu dinanti penduduk setempat, selepas lebih 150 orang berkumpul bagi menunggu ketibaannya di hadapan medan selera berkenaan.

Kunjungan makan tengah hari dan solat Jumaat ini adalah rutin mingguan Perdana Menteri untuk bertemu rakyat sejak menerajui kerajaan pada November tahun lalu.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *