Connect with us

Terkini

Kahwin bawah umur bunuh potensi, halang akses pendidikan wanita

Isu perkahwinan awal kanak-kanak perempuan di bawah umur perlu ditangani kerana dilihat mampu membunuh potensi dan menghalang akses pendidikan terhadap golongan terbabit.

Wartawan TMT

Published

on

Kahwin bawah umur bunuh potensi, halang akses pendidikan wanita
Foto: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
  • Jika isu itu tidak ditangani ia akan wujudkan suasana diskriminasi jantina dalam kalangan masyarakat. – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek
  • Sebelum ini dasar pendidikan wajib hanya sehingga tahun enam sahaja, namun KPM kini berada dalam fasa Rang Undang-Undang (RUU) untuk mewajibkan kanak-kanak sehingga ke sekolah menengah.
  • “Tidak ada seorang pun yang wajar tercicir dalam konteks pendidikan. Dalam hal ini, ibu bapa perlu mula dididik untuk diberi kesedaran mengenai penting ruang pendidikan untuk kanak-kanak,” katanya dalam satu siaran televisyen tempatan bersempena Hari Wanita Antarabangsa 2023.

KUALA LUMPUR: Isu perkahwinan awal kanak-kanak perempuan di bawah umur perlu ditangani kerana dilihat mampu membunuh potensi dan menghalang akses pendidikan terhadap golongan terbabit.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata jika isu itu tidak ditangani ia akan mewujudkan suasana diskriminasi jantina dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata, sebagai pembuat dasar, pihaknya akan menangani isu ini dengan lebih objektif dan tuntas menerusi dasar yang dibuat.

Katanya, sebagai contoh, sebelum ini dasar pendidikan wajib hanya sehingga tahun enam sahaja, namun KPM kini berada dalam fasa Rang Undang-Undang (RUU) untuk mewajibkan kanak-kanak sehingga ke sekolah menengah.

“Dalam hal ini, kanak-kanak mesti berada di peringkat sekolah wajib sehingga sekolah menengah.

“Selain itu, pihak KPM juga boleh menampung pelajar yang berkahwin pada usia muda dan ketika masih bersekolah untuk terus mendapatkan pendidikan.

“Ini termasuk golongan yang hamil ketika bersekolah,” katanya dalam satu siaran televisyen tempatan bersempena Hari Wanita Antarabangsa 2023.

Ketua Wanita PKR itu berkata, golongan kanak-kanak yang berkahwin awal tidak boleh didiskriminasi sekalipun mereka berkahwin dan hamil.

Katanya, mana-mana pelajar yang tercicir ataupun yang mempunyai halangan status untuk menuntut pendidikan di peringkat sekolah, akan dibantu oleh pihak KPM untuk terus mendapatkan akses pendidikan yang baik.

“Tidak ada seorang pun yang wajar tercicir dalam konteks pendidikan. Dalam hal ini, ibu bapa perlu mula dididik untuk diberi kesedaran mengenai penting ruang pendidikan untuk kanak-kanak.

“Tidak dinafikan ada golongan agamawan yang membenarkan kanak-kanak berkahwin di usia muda, namun kita perlu melihat anak ini dalam konteks masa depan mereka,” katanya.

“Oleh itu setiap lapisan masyarakat termasuk ibu bapa, agamawan dan media perlu memainkan peranan bagi memperkasakan pendidikan dalam kalangan wanita sejak di bangku sekolah lagi,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Penceramah terpalit kes jenayah rogol didakwa beri khutbah Jumaat, Pejabat agama Islam Petaling masih siasat – JAIS

Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling sedang menjalankan siasatan terhadap isu penceramah bebas, Muhammad Fathi Naim Mazlam yang berdepan tuduhan jenayah rogol tetapi dilihat memberikan khutbah Jumaat di sebuah masjid di Bandar Sri Damansara, hari ini.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Penceramah bebas, Muhammad Fathi Na’im.
  • Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling sedang menjalankan siasatan terhadap isu penceramah bebas, Muhammad Fathi Naim Mazlam yang berdepan tuduhan jenayah rogol tetapi dilihat memberikan khutbah Jumaat di sebuah masjid di Bandar Sri Damansara, hari ini.
  • Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata setelah laporan penuh berkaitan isu berkenaan didapati, Unit Pengurusan Masjid Daerah (UPMD) Petaling akan membuat laporan siasatan dan tindakan akan diambil berdasarkan peruntukan peraturan.
  • Beliau memaklumkan tauliah mengajar Fathi digantung sejak 6 April 2023 dan ia tamat pada 30 Jun 2023 serta pemohon juga tidak menyambung tauliah berkenaan.
  • Beliau berkata demikian ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini ketika diminta mengulas dakwaan Fathi memberikan khutbah Jumaat di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, sedangkan beliau kini berdepan tuduhan jenayah rogol gadis bawah umur.

KUALA LUMPUR — Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling sedang menjalankan siasatan terhadap isu penceramah bebas, Muhammad Fathi Naim Mazlam yang berdepan tuduhan jenayah rogol tetapi dilihat memberikan khutbah Jumaat di sebuah masjid di Bandar Sri Damansara, hari ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata setelah laporan penuh berkaitan isu berkenaan didapati, Unit Pengurusan Masjid Daerah (UPMD) Petaling akan membuat laporan siasatan dan tindakan akan diambil berdasarkan peruntukan peraturan.

Beliau memaklumkan tauliah mengajar Fathi digantung sejak 6 April 2023 dan ia tamat pada 30 Jun 2023 serta pemohon juga tidak menyambung tauliah berkenaan.

“Isu (Fathi) berkhutbah di Masjid Bandar Sri Damansara, PAID Petaling masih menjalankan siasatan terhadap perkara tersebut.

“Setelah mendapat laporan penuh UPMD Petaling akan membuat laporan siasatan dan tindakan akan dilaksanakan berdasarkan peruntukan peraturan,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini ketika diminta mengulas dakwaan Fathi memberikan khutbah Jumaat di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, sedangkan beliau kini berdepan tuduhan jenayah rogol gadis bawah umur.

Fathi pada November 2022 dilaporkan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Klang atas sembilan pertuduhan merogol, amang seksual dan melakukan hubungan seks dengan objek terhadap seorang remaja antara Jun 2021 dan Februari 2022.

Bagi kesalahan merogol dan melakukan amang seksual, bapa lapan anak itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017, masing-masing memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan melakukan hubungan seks dengan objek, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di  https://support.themerdekatimes.com

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending