Terkini
JAKIM perkasa usaha perkukuh akidah umat Islam – Menteri Agama
Pengaruh media massa yang menghidangkan pelbagai budaya dan gaya hidup menjurus gejala murtad, antara satu daripada empat faktor menyumbang berlakunya gejala murtad dalam kalangan orang Islam di negara ini.
- Pengaruh media massa yang menghidangkan pelbagai budaya dan gaya hidup menjurus gejala murtad, antara satu daripada empat faktor menyumbang berlakunya gejala murtad dalam kalangan orang Islam di negara ini.
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata faktor itu dikesan kerajaan melalui JAKIM.
- “Faktor lain adalah kelemahan pegangan terhadap agama Islam yang disebabkan oleh kurang tarbiah, didikan dan asuhan daripada ibu bapa serta keluarga.
- “Terjebak percintaan, perkahwinan dan perceraian juga antara faktor yang menyebabkan murtad dalam kalangan umat Islam. Terdapat remaja yang terjebak dalam amalan percintaan berlainan agama tanpa kawalan sehingga terjebak gejala murtad.
- “Selain itu, pengaruh negatif rakan sebaya dalam sosial persekitaran yang berpunca dari kurangnya perhatian dan kasih sayang yang diberikan oleh keluarga,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen semalam.
KUALA LUMPUR: Pengaruh media massa yang menghidangkan pelbagai budaya dan gaya hidup menjurus gejala murtad, antara satu daripada empat faktor menyumbang berlakunya gejala murtad dalam kalangan orang Islam di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata faktor itu dikesan kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
“Faktor lain adalah kelemahan pegangan terhadap agama Islam yang disebabkan oleh kurang tarbiah, didikan dan asuhan daripada ibu bapa serta keluarga.
“Terjebak percintaan, perkahwinan dan perceraian juga antara faktor yang menyebabkan murtad dalam kalangan umat Islam. Terdapat remaja yang terjebak dalam amalan percintaan berlainan agama tanpa kawalan sehingga terjebak gejala murtad.
“Selain itu, pengaruh negatif rakan sebaya dalam sosial persekitaran yang berpunca dari kurangnya perhatian dan kasih sayang yang diberikan oleh keluarga,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen semalam.
Sehubungan itu, Mohd Na’im berkata JAKIM akan terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan akidah dan pegangan umat Islam.
Jelasnya, ia melalui pembudayaan ilmu dan pentarbiahan yang komprehensif serta berkesan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) termasuk agensi lain yang berkaitan.
Antaranya pendekatan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan JAKIM ,katanya adalah JAKIM dan JAIN mengeluarkan teks khutbah Jumaat yang menjelaskan pelbagai isu semasa berkaitan akidah, syariah, akhlak dan isu semasa.
Bagi membendung gejala murtad dalam kalangan masyarakat, beliau berkata JAKIM melaksanakan program penerapan dan penghayatan nilai Islam kepada beberapa golongan sasar seperti anak yatim, orang kurang upaya (OKU), warga emas, penjawat awam dan swasta.
“Aktiviti penghayatan Islam turut dilaksanakan kepada pesakit Muslim di hospital melalui program Rakan Masjid Hospital (RAMAH) bagi membawa misi pengisian rohani kepada masyarakat.
“Selain itu, kelas pengajian takmir turut diadakan di masjid dan surau bagi memantapkan pegangan serta akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
“Jabatan Mufti Negeri juga menjalankan Majlis Pengisytiharan Taubat (Istitabah) bagi mereka yang didapati terlibat dengan kesalahan akidah dan murtad kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.
“Di samping itu pihak Majlis Agama Islam Negeri (MAIN menyediakan khidmat sokongan pasca pemulihan bagi memastikan akidah mereka terus kekal di dalam Islam,” katanya.
Selain program ziarah dan lawatan, memperbanyakkan aktiviti pengukuhan agama melalui kelas pengajian fardhu ain, seminar dan diskusi, beliau berkata kerajaan turut memperkasa hubungan baik dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam bagi tujuan menyantuni serta mendekati saudara muslim.
Sumber: Berita Harian