Antarabangsa
Iowa cadang larang perkahwinan sejenis
Hampir lapan tahun sejak kesaksamaan perkahwinan dibenarkan di seluruh Amerika Syarikat (AS), parti Republikan mencadangkan untuk melarang perkahwinan sama jantina atas dasar agama.
- Parti Republikan di Iowa, Amerika Syarikat (AS) mencadangkan untuk melarang perkahwinan sama jantina di negeri itu.
- Keputusan bersama itu ditaja lapan ahli Republikan itu mencadangkan takrifan perkahwinan adalah di antara “seorang lelaki biologikal dengan seorang wanita biologikal.”
- Rang undang-undang itu merupakan antara undang-undang anti-LGBTQ+ dicadangkan Iowa sejak beberapa bulan lalu.
IOWA – Hampir lapan tahun sejak kesaksamaan perkahwinan dibenarkan di seluruh Amerika Syarikat (AS), parti Republikan mencadangkan untuk melarang perkahwinan sama jantina atas dasar agama.
Keputusan bersama itu yang diperkenalkan pada Selasa lalu oleh lapan ahli Republikan mencadangkan takrifan perkahwinan adalah di antara “seorang lelaki biologikal dengan seorang wanita biologikal.”
“Selaras dengan hukum alam dan Tuhan, Iowa mengiktirafkan perkahwinan sebagai penyatuan antara seorang lelaki asli dan seorang wanita asli,” kata cadangan itu.
Jika diterima, cadangan itu akan bercanggah dengan keputusan Mahkamah Agung 2015 yang membenarkan perkahwinan sejenis di seluruh AS.
NBC News melaporkan wakil daerah itu, Brad Sherman berkata cadangan itu akan “mengambil masa beberapa tahun untuk dicapai”.
“Jika penduduk Iowa mengundi untuk pindaan sedemikian, undang-undang perlu diselaraskan untuk menjadikannya adil bagi semua,” katanya.
Beberapa penggubal undang-undang mengecam cadangan itu dengan wakil negeri, Sami Scheetz menulis ciapan bahawa rang undang-undang itu bersifat “kebencian menjijikkan”.
Rang undang-undang itu merupakan antara undang-undang anti-LGBTQ+ yang dicadangkan Iowa sejak beberapa bulan lalu, termasuk larangan untuk membenarkan wanita dan gadis transgender terlibat dalam sukan di sekolah dan universiti serta melarang pendisiplinan pelajar dan kakitangan di sekolah Iowa memanggil pelajar transgender dengan nama kelahiran mereka.
Sumber: The Pink News