Connect with us

Antarabangsa

Imam dipukul, janggut dipotong kerana enggan melaungkan ‘Jai Shri Ram’

Seorang imam di sebuah masjid di kampung Anwa, Maharashtra, diserang individu tidak dikenali yang memasuki tempat ibadat umat Islam itu dan memukul imam terbabit kerana enggan melaungkan ‘Jai Shri Ram’.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Imam dipukul, janggut dipotong kerana enggan melaungkan ‘Jai Shri Ram’
Foto: Imam Zakir Sayyed Khaja di Hospital.
  • Seorang imam di sebuah masjid di kampung Anwa, Maharashtra diserang individu tidak dikenali yang memasuki tempat ibadat Islam umat itu dan memukul imam terbabit kerana enggan melaungkan ‘Jai Shri Ram’.
  • Imam Zakir Sayyed Khaja memberitahu India Today, kejadian itu berlaku pada Ahad sekitar jam 7.30 malam ketika dia sedang duduk di dalam masjid sambil membaca al-Quran di mana individu tidak dikenali itu memasuki masjid dengan kain menutup muka mereka. 
  • Imam itu berkata penyerangnya menggunakan kain bercampur bahan kimia untuk membuatkan dia tidak sedarkan diri. 
  • Jai Shri Ram” adalah sebuah ekspresi dalam India, yang diterjemahkan menjadi “Kejayaan untuk Dewa Rama” atau “Kemenangan untuk Dewa Rama”. 
  • Proklamasi itu digunakan penganut Hindu sebagai penyambutan tidak formal dan sebagai simbol ketaatan terhadap kepercayaan Hindu.

Seorang imam di sebuah masjid di kampung Anwa, Maharashtra, diserang individu tidak dikenali yang memasuki tempat ibadat umat Islam itu dan memukul imam terbabit kerana enggan melaungkan ‘Jai Shri Ram’.

Imam Zakir Sayyed Khaja memberitahu India Today, kejadian itu berlaku pada Ahad sekitar jam 7.30 malam ketika dia sedang duduk di dalam masjid sambil membaca al-Quran di mana individu tidak dikenali itu memasuki masjid dengan kain menutup muka mereka. 

Apabila imam enggan melakukan apa diarahkan, tiga individu itu membawanya ke luar masjid dan membelasahnya.

Imam itu berkata penyerangnya menggunakan kain bercampur bahan kimia untuk membuatkan dia tidak sedarkan diri. 

Apabila sedar, dia menyedari janggutnya telah dipotong.

Ketika orang ramai tiba di masjid untuk solat pada jam 8 malam, mereka mendapati imam itu terbaring di luar dalam keadaan tidak sedarkan diri, lalu mereka membawanya ke hospital kerajaan di Sillod dan kemudiannya dipindahkan ke Kolej Perubatan dan Hospital Kerajaan (GMCH) di Aurangabad untuk rawatan.

Selepas kejadian itu diketahui, polis tiba di kampung Anwar di mana masjid itu terletak dan mula menyiasat kes itu. 

Berikutan kejadian itu, tahap keselamatan di kampung terbabit diperketatkan dan sebilangan besar anggota polis dikerahkan untuk menjaga keamanan di kawasan berkenaan.

Jai Shri Ram” adalah sebuah ekspresi dalam India, yang diterjemahkan menjadi “Kejayaan untuk Dewa Rama” atau “Kemenangan untuk Dewa Rama”. 

Proklamasi itu digunakan penganut Hindu sebagai penyambutan tidak formal dan sebagai simbol ketaatan terhadap kepercayaan Hindu.

Sumber: India Today News Desk

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *