Connect with us

Antarabangsa

Hanya kerana kanak-kanak sertai perarakan, Rumah keluarga Dalit dibakar

Insiden mengejutkan melibatkan diskriminasi kasta dilaporkan berlaku di Karnataka pada Ahad lalu di mana dua rumah milik keluarga Dalit dibakar penduduk kampung kerana menentang kanak-kanak dari kasta itu menari dalam perarakan pesta kampung. 

Wartawan TMT

Published

on

Hanya kerana kanak-kanak sertai perarakan, Rumah keluarga Dalit dibakar
Foto: Kediaman rumah keluarga dalit yang terbakar.
  • Insiden mengejutkan melibatkan diskriminasi kasta dilaporkan berlaku di Karnataka pada Ahad lalu di mana dua rumah milik keluarga Dalit dibakar penduduk kampung kerana menentang kanak-kanak dari kasta itu menari dalam perarakan pesta kampung. 
  • Ketika 12 ahli keluarga Dalit tidur di dua rumah secara bersebelahan, sekumpulan penduduk kampung membaling kayu dan menuang petrol  lalu membakar rumah berkenaan. 
  • Ahli keluarga kasta Dalit itu dapat menyelamatkan diri dan jiran-jiran membantu memadamkan api sebelum merebak dan mendatangkan kerosakan.
  • Dalit atau Paria dalam sistem kasta masyarakat Hindu di India merujuk kepada individu yang tergolong dalam kelompok paling rendah dalam sistem kasta (malah ada mengatakannya ia di luar sistem kasta) dan diharamkan untuk disentuh atau ‘untouchable’.

Insiden mengejutkan melibatkan diskriminasi kasta dilaporkan berlaku di Karnataka pada Ahad lalu di mana dua rumah milik keluarga Dalit dibakar penduduk kampung kerana menentang kanak-kanak dari kasta itu menari dalam perarakan pesta kampung. 

Pesta itu diadakan di kampung Nandihalli di daerah Haveri yang mana beberapa kanak-kanak dan belia dari masyarakat Dalit turut menari dalam perarakan itu, lapor Sabrang India. 

Pertengkaran berlaku apabila sebahagian penduduk kampung, yang menyumbang wang bagi majlis itu, menentang kehadiran individu Dalit yang didakwa tidak sepatutnya mengambil bahagian dalam keraian itu.

Pada malam kejadian, ketika 12 ahli keluarga Dalit sedang tidur di dua rumah secara bersebelahan, sekumpulan penduduk kampung membaling kayu dan menuang petrol  lalu membakar rumah berkenaan dengan harapan api merebak ke rumah lain. 

Namun ahli keluarga Dalit itu dapat menyelamatkan diri dengan keluar tepat pada masanya berikutan terganggu dek asap kebakaran dan jiran-jiran membantu memadamkan api sebelum ia merebak dan mendatangkan kerosakan.

The New Indian Express melaporkan pegawai kanan polis dari Havier datang ke Nandihalli untuk meneliti perkara itu dan dua individu menyerah diri serta siasatan akan diteruskan. 

Pelaku lain dilaporkan masih melarikan diri, bagaimanapun polis menjangkakan lebih ramai penduduk kampung akan menyerah diri.

Dalit atau Paria dalam sistem kasta masyarakat Hindu di India merujuk kepada individu yang tergolong dalam kelompok paling rendah dalam sistem kasta (malah ada mengatakannya ia di luar sistem kasta) dan diharamkan untuk disentuh atau ‘untouchable’.

Dalit dilarang melakukan pekerjaan, kecuali pekerjaan yang dianggap ‘kotor’ atau ‘tidak bermaruah’ bagi masyarakat kasta tinggi seperti kerja pembersihan, kutip sampah dan buruh binaan.

Sistem kasta di India dilaporkan dimansuhkan pada 1950-an tetapi sistem hieraki sosial berusia 2,000 tahun itu, yang menetapkan kedudukan individu berdasarkan keturunan kelahirannya, masih wujud dalam kehidupan harian masyarakat Hindu di India.

Sumber: Sabrang India

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

90 terbunuh, 300 cedera Israel bedil “zon selamat” Al-Mawasi

Sekurang-kurangnya 90 rakyat Palestin terbunuh dan 300 lain cedera dalam serangan Israel menyasarkan kem pelarian selatan Gaza pada Sabtu, demikian menurut Kementerian Kesihatan wilayah itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 90 rakyat Palestin terbunuh dan 300 lain cedera dalam serangan Israel menyasarkan kem pelarian selatan Gaza pada Sabtu, demikian menurut Kementerian Kesihatan wilayah itu.
  • Saksi memberitahu agensi berita Anadolu bahawa tentera Israel menggunakan lima peluru berpandu berat dalam menyasarkan Al-Mawasi yang diisytiharkan sebagai zon selamat oleh tentera rejim Israel.
  • Jenazah mangsa serangan dan mereka yang cedera tiba di Kompleks Perubatan Nasser di Khan Younis selepas tentera Israel mengebom kawasan itu.
  • Pejabat Media Kerajaan di Gaza dalam satu kenyataan berkata, tentera Israel melakukan “pembunuhan besar-besaran” di Al-Mawasi yang diklasifikasikan sebagai “zon selamat”.

Sekurang-kurangnya 90 rakyat Palestin terbunuh dan 300 lain cedera dalam serangan Israel menyasarkan kem pelarian selatan Gaza pada Sabtu, demikian menurut Kementerian Kesihatan wilayah itu.

Saksi memberitahu agensi berita Anadolu bahawa tentera Israel menggunakan lima peluru berpandu berat dalam menyasarkan Al-Mawasi yang diisytiharkan sebagai zon selamat oleh tentera rejim Israel.

Jenazah mangsa serangan dan mereka yang cedera tiba di Kompleks Perubatan Nasser di Khan Younis selepas tentera Israel mengebom kawasan itu.

Pejabat Media Kerajaan di Gaza dalam satu kenyataan berkata, tentera Israel melakukan “pembunuhan besar-besaran” di Al-Mawasi yang diklasifikasikan sebagai “zon selamat”.

“Tentera pendudukan melakukan pembunuhan beramai-ramai dengan mengebom kem orang ramai yang terusir di kawasan Al-Mawasi di Khan Younis… (dengan mangsanya) melibatkan individu dan pegawai dari Pertahanan Awam, menurut kiraan awal,” katanya.

Al Jazeera melaporkan lebih 38,443 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan hampir 88,481 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending