Connect with us

Antarabangsa

Gabenor wilayah Balkh di utara Afghanistan terbunuh dalam serangan bunuh diri

Gabenor wilayah Balkh utara Afghanistan disahkan terbunuh dalam satu letupan yang menyasarkan pejabatnya di ibu kota wilayah Mazar-i-Sharif pada Khamis.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Gabenor wilayah Balkh di utara Afghanistan terbunuh dalam serangan bunuh diri
Foto: Hajji Mullah Mohammad Daud Mazamil.
  • Gabenor wilayah Balkh utara Afghanistan disahkan terbunuh dalam satu letupan menyasarkan pejabatnya di ibu kota wilayah Mazar-i-Sharif pada Khamis.
  • “Malangnya saya menerima maklumat bahawa Hajji Mullah Mohammad Daud Mazamil terbunuh dalam serangan bunuh diri hari ini,” kata ketua jurucakap kerajaan sementara Afghanistan Zabihullah Mujahid menerusi platform media sosial.
  • Menurut polis, letupan berlaku pada 09.27 pagi waktu tempatan di tingkat dua pejabat gabenor apabila seorang pengebom bertindak meletupkan dirinya, hingga meragut dua nyawa yang lain termasuk Mazamil.

MAZAR-I-SHARIF: Gabenor wilayah Balkh utara Afghanistan disahkan terbunuh dalam satu letupan yang menyasarkan pejabatnya di ibu kota wilayah Mazar-i-Sharif pada Khamis.

“Malangnya saya menerima maklumat bahawa Hajji Mullah Mohammad Daud Mazamil terbunuh dalam serangan bunuh diri hari ini,” kata ketua jurucakap kerajaan sementara Afghanistan Zabihullah Mujahid menerusi platform media sosial.

Menurut polis, letupan berlaku pada 09.27 pagi waktu tempatan di tingkat dua pejabat gabenor apabila seorang pengebom bertindak meletupkan dirinya, hingga meragut dua nyawa yang lain termasuk Mazamil, lapor Xinhua.

Ini adalah kali pertama pegawai berprofil tinggi menjadi sasaran sejak Taliban mengambil alih kuasa di Afghanistan pada Ogos 2021.

Tiada kumpulan atau individu mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu setakat ini.

Sumber: Free Malaysia Today

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *