Connect with us

Antarabangsa

Disembur lada ketika solat, banduan Muslim saman penjara Amerika Syarikat

Kumpulan hak sivil Muslim Amerika memfailkan saman terhadap beberapa pegawai penjara Missouri kerana didakwa menyembur lada terhadap banduan Islam sedang solat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ruszaini Ruslan

Published

on

Disembur lada ketika solat, banduan Muslim saman penjara Amerika Syarikat
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Majlis Perhubungan Amerika-Islam (Cair) bahagian Missouri memfailkan saman bagi pihak banduan penjara Missouri.
  • Pada 28 Februari 2021, sembilan banduan Muslim yang sedang solat diruang umum diarah berhenti oleh pegawai pemulihan penjara itu.
  • Banduan terbabit mendakwa sudah beberapa kali solat di situ tanpa masalah sebelum ini.
  • Mereka kemudian disembur dengan semburan lada, digari, dipukul, dan diasingkan dalam penjara tanpa membersihkan badan mereka dari sisa cecair semburan.
  • “Apabila seseorang memasuki kemudahan pemulihan, mereka tidak kehilangan hak asasi mereka dan menjadi sasaran terbuka untuk keganasan dan penderaan,” kata peguam, Kimberly Noe-Lehenbauer.

Kumpulan hak sivil Muslim Amerika memfailkan saman terhadap beberapa pegawai penjara Missouri kerana didakwa menyembur lada terhadap banduan Islam sedang solat.

Tuntutan itu, yang difailkan bagi pihak banduan oleh Majlis Perhubungan Amerika-Islam (Cair) bahagian Missouri, menuduh pegawai pemulihan jabatan negeri itu melanggar hak perlembagaan banduan, termasuk kebebasan mengamalkan agama mereka.

“Tuntutan ini mengenai meminta pegawai negeri bertanggungjawab dan menegakkan hak semua rakyat,” kata peguam Cair, Kimberly Noe-Lehenbauer dalam satu kenyataan dipetik Middle East Eye.

“Apabila seseorang memasuki kemudahan pemulihan, mereka tidak kehilangan hak asasi mereka dan menjadi sasaran terbuka untuk keganasan dan penderaan,” katanya.

Menurut tuntutan mahkamah yang difailkan, sembilan banduan Islam sedang solat di ruang umum apabila pegawai pemulihan menyuruh mereka berhenti pada 28 Februari 2021.

Banduan itu berkata mereka telah solat berjemaah tiga kali tanpa masalah pada awal hari itu dan melakukannya “beratus-ratus kali dalam beberapa bulan” sebelumnya.

Susulan itu, 20 pegawai datang ke tempat kejadian. 

Dua daripada banduan itu berhenti solat dan melangkah pergi, manakala dua lagi turut berhenti solat, namun kemudian digari.

Lima yang lain disembur dengan semburan lada, sebahagiannya ketika sedang digari, dan seorang lagi banduan dipukul, demikian menurut tuntutan mahkamah itu.

Banduan itu berkata pengawal akhirnya mengasingkan tujuh daripada mereka dalam penjara dengan sisa semburan lada masih ada pada badan mereka. Mereka tidak diberikan pemeriksaan perubatan, pencuci mata, mandi, bekalan pembersihan atau nasihat perubatan.

“Layanan ditanggung tahanan ini dilaporkan adalah mengerikan dan melanggar sepenuhnya bukan sahaja hak undang-undang mereka tetapi maruah asasi manusia mereka,” kata lembaga pengarah Cair-MI, Yasir Ali

Dalam pada itu, salah seorang pengawal terlibat juga dilaporkan dikeluarkan daripada tugasan penghantaran makanan pada bulan Ramadan beberapa tahun sebelumnya.

Ia berikutan dia memberitahu beberapa banduan bahawa “dia mengalami PTSD kerana ‘dilatih untuk membunuh orang Islam di Afghanistan’, dan membantah yang dia kini ‘harus memberi makan kepada durjana-durjana ini’,” demikian disebut dalam tuntutan mahkamah itu.

Beberapa saman difailkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini berkaitan isu keupayaan banduan Islam mengamalkan kepercayaan mereka ketika dipenjarakan.

Sebanyak 16 kes kebebasan beragama banduan Islam difailkan di Mahkamah Persekutuan antara 2017 dan 2019. Lebih 60 daripadanya mengenai keperluan pemakanan dan 34 lagi dikaitkan secara khusus dengan pelanggaran ketika bulan Ramadan.

Sumber: Middle East Eye

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *