Connect with us

Antarabangsa

Demokrat memihak kepada rakyat Palestin – Tinjauan

Selepas sedekad Demokrat menunjukkan peningkatan keharmonian terhadap Palestin dengan simpati mereka di Timur Tengah kini lebih memihak kepada rakyat Palestin berbanding Israel iaitu 49% berbanding 38%. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Demokrat memihak kepada rakyat Palestin – Tinjauan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Demokrat menunjukkan peningkatan simpati kepada rakyat Palestin dibandingkan dengan Israel iaitu 49% berbanding 38%, demikian menurut Tinjauan Hal Ehwal Global Gallup.
  • Berlaku peningkatan sebanyak 11% sejak beberapa tahun kebelakangan ini dalam simpati Demokrat terhadap rakyat Palestin.
  • Simpati terhadap warga Palestin turut berada di kadar paling tinggi dalam kalangan ahli politik bebas.
  • Simpati terhadap Palestin dalam kalangan orang dewasa di Amerika Syarikat berada pada 31%.
  • 54% warga Amerika berada di pihak Israel tetapi ia merupakan angka paling rendah sejak 2005.

WASHINGTON D.C – Selepas sedekad Demokrat menunjukkan peningkatan keharmonian terhadap Palestin dengan simpati mereka di Timur Tengah kini lebih memihak kepada rakyat Palestin berbanding Israel iaitu 49% berbanding 38%. 

Berlaku peningkatan sebanyak 11% sejak beberapa tahun kebelakangan ini dalam simpati Demokrat terhadap rakyat Palestin. Pada masa yang sama, peratusan untuk mereka yang menyebelahi Israel dan neutral semakin menjunam.

Simpati terhadap warga Palestin turut berada di kadar paling tinggi dalam kalangan ahli politik bebas, meningkat enam mata kepada 32%. Walau bagaimanapun, lebih ramai di antara mereka masih cenderung kepada Israel iaitu sebanyak 49%.

Pandangan Republikan pula kekal sama dengan hampir lapan per sepuluh iaitu 78%, masih menyebelahi kepada Israel, sementara selebihnya menyokong Palestin. 

Hasil daripada peralihan parti tahun ini, simpati terhadap Palestin dalam kalangan dewasa di Amerika Syarikat berada pada 31%, manakala yang tidak menyebelahi mana-mana pihak menurun kepada 15%. 54% warga Amerika yang berada di pihak Israel adalah sama dengan peratusan tahun lalu (55%), tetapi ia merupakan angka paling rendah sejak 2005.

Menurut Tinjauan Hal Ehwal Global Gallup, Israel mempunyai kelebihan sedikit dengan jurang 23 mata antara simpati rakyat Amerika terhadap Israel dan Palestin. Ia juga merupakan kali pertama rakyat Israel tidak mempunyai kelebihan dua lawan satu terhadap Palestin.

Perubahan ketara dalam pendapat umum mengenai isu itu berlaku dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini di mana sokongan terhadap Palestin meningkat, manakala sokongan untuk Israel serta keraguan terhadap konflik semakin merosot.

Walaupun pandangan Demokrat dan ahli politik bebas berubah mengenai konflik itu, majoriti masyarakat dan parti masih berpihak kepada Israel lebih daripada pihak berkuasa Palestin. 

Sumber: Gallup

Author