Terkini
Caruman jadi cagaran bank tidak langgar akta KWSP – PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan membolehkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pinjaman menggunakan wang caruman sebagai cagaran kepada bank sudah dirujuk kepada Peguam Negara.
- Cadangan membolehkan pencarum KWSP membuat pinjaman menggunakan wang caruman sebagai cagaran sudah dirujuk kepada Peguam Negara, ia tiada percanggahan membabitkan seksyen 51 Akta KWSP 1991. – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Katanya, pemberian dividen terhadap peminjam kaedah itu akan diteruskan, sekali gus risiko dalam aspek terbabit sangat minimum.
- “Dividen diberi sepenuhnya mengikut kumpulan asal dan tidak dipotong, maka KWSP berasakan dalam beberapa tahun pulangan dapat diperoleh.
- “Kalau sejumlah kecil yang gagal membayar tidak memberi kesan parah kerana jumlah induk dan dividen sudah ditambah, jadi kalau berlaku potongan mungkin dari sudut dividen.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan membolehkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pinjaman menggunakan wang caruman sebagai cagaran kepada bank sudah dirujuk kepada Peguam Negara.
Perdana Menteri menjelaskan, hasil rujukan itu mendapati tiada percanggahan membabitkan Seksyen 51 Akta KWSP 1991.
Katanya, pemberian dividen terhadap peminjam kaedah itu akan diteruskan, sekali gus risiko dalam aspek terbabit sangat minimum.
“Dari sudut jaminan kepentingan peminjam, dividen akan diteruskan walaupun beri cagaran contohnya RM50,000 sebagai pinjaman.
“Dividen diberi sepenuhnya mengikut kumpulan asal dan tidak dipotong, maka KWSP berasakan dalam beberapa tahun pulangan dapat diperoleh.
“Kalau sejumlah kecil yang gagal membayar tidak memberi kesan parah kerana jumlah induk dan dividen sudah ditambah, jadi kalau berlaku potongan mungkin dari sudut dividen.
“Risiko itu sangat minimum,” katanya pada Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Muslimin Yahaya (PN-Sungai Besar) berhubung pandangan pinjaman bercagar KWSP melanggar Seksyen 51 Akta KWSP.
Sumber: Berita Harian