Connect with us

Antarabangsa

Berbogel di Gunung Agung, lelaki warga Russia diusir dari Indonesia

Seorang lelaki warga Russia akan diusir dari Indonesia kerana menanggalkan pakaiannya di sebuah gunung suci di Bali, lapor BBC.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Berbogel di Gunung Agung, lelaki warga Russia diusir dari Indonesia
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lelaki itu yang dikenal pasti sebagai Yuri, sudah memohon maaf, tetapi akan dilarang daripada memasuki Indonesia selama sekurang-kurangnya enam bulan.
  • Gunung Agung, iaitu gunung tertinggi di pulau peranginan itu, dipercayai oleh para penganut agama Hindu sebagai tempat tinggal dewa-dewi.
  • “Dia melanggar norma-norma dan tidak menghormati budaya kami,” kata Ketua Pejabat Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia, Anggiat Napitupulu, kepada The Jakarta Post.

BALI: Seorang lelaki warga Russia akan diusir dari Indonesia kerana menanggalkan pakaiannya di sebuah gunung suci di Bali, lapor BBC.

Gambar seorang lelaki dengan seluarnya di paras buku lali di Gunung Agung menjadi tular minggu lalu.

Lelaki itu yang dikenal pasti sebagai Yuri, sudah memohon maaf, tetapi akan dilarang daripada memasuki Indonesia selama sekurang-kurangnya enam bulan.

Bali baru-baru ini mempertingkatkan usaha untuk mengambil tindakan tegas terhadap pelancong asing yang berkelakuan tidak senonoh.

Gunung Agung, iaitu gunung tertinggi di pulau peranginan itu, dipercayai oleh para penganut agama Hindu sebagai tempat tinggal dewa-dewi.

Seorang pegawai tempatan berkata, “tiada alasan” bagi kelakuannya itu.

“Dia melanggar norma-norma dan tidak menghormati budaya kami,” kata Ketua Pejabat Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia, Anggiat Napitupulu, kepada The Jakarta Post.

Dalam satu video yang dimuat naik ke Instagram dalam bahasa Russia, Yuri berkata: “Tiada alasan bagi kelakuan saya. Satu-satunya perkara yang menyebabkan apa yang berlaku adalah kurang kesedaran saya.”

Dia kemudian mengambil bahagian dalam satu upacara bagi membersihkan diri di atas gunung itu – amalan yang biasanya dilakukan warga setempat menyusuli insiden seumpama itu.

Konsul jeneral kehormat Russia di Bali, Wijaya, memberitahu CNN Indonesia bahawa pelancong itu “sudah hilang akal” dan mengusirnya dari pulau itu adalah satu tindakan yang wajar.

Ramai warga setempat di media sosial turut menyokong langkah terbabit, lapor BBC. – AGENSI

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *