Terkini
Bar jemput ‘Thai Hot Guy’ tiada lesen hiburan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan sebuah bar kontroversi yang mahu menganjurkan pembukaan rasmi di Jalan Tun Razak, ibu negara, tidak mempunyai lesen hiburan atau permohonan menjalankan aktiviti hiburan.
- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan sebuah bar kontroversi yang mahu menganjurkan pembukaan rasmi di Jalan Tun Razak, ibu negara, tidak mempunyai lesen hiburan atau permohonan menjalankan aktiviti hiburan.
- Menurut Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Azman Abidin, siasatan DBKL itu juga mendapati, premis tersebut adalah dilesenkan sebagai restoran kepada syarikat Beijing 9 Sdn Bhd namun lesen tersebut telah tamat pada 4 Februari 2021.
- “DBKL juga dalam proses semakan untuk mengambil tindakan penguatkuasaan sekiranya terdapat sebarang pelanggaran peraturan dan syarat-syarat oleh penganjur,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan sebuah bar kontroversi yang mahu menganjurkan pembukaan rasmi di Jalan Tun Razak, ibu negara, tidak mempunyai lesen hiburan atau permohonan menjalankan aktiviti hiburan.
Menurut Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Azman Abidin, siasatan DBKL itu juga mendapati, premis tersebut adalah dilesenkan sebagai restoran kepada syarikat Beijing 9 Sdn Bhd namun lesen tersebut telah tamat pada 4 Februari 2021.
“Justeru itu, DBKL juga dalam proses semakan untuk mengambil tindakan penguatkuasaan sekiranya terdapat sebarang pelanggaran peraturan dan syarat-syarat oleh penganjur,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Sebuah bar baharu di Kuala Lumpur sebelum ini menyiarkan poster pelancaran mereka di media sosial menggunakan model Thai Hot Guy yang merupakan tetamu undangan penghias poster.
Tindakan tersebut membangkitkan kemarahan orang ramai yang mengkritik tindakan tersebut sehingga memaksa penganjur menutup ruangan komen mereka di Facebook.
Sumber: Astro Awani