Connect with us

Antarabangsa

Wanita lesbian gagal peroleh hak jagaan anak

Seorang wanita lesbian, Kris William yang menetap di Oklahoma gagal mendapat hak sebagai ibu bapa ke atas anak lelaki yang dibesarkan selama dua tahun.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Wanita lesbian gagal peroleh hak jagaan anak
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Wanita lesbian di Oklahoma, Kris Williams gagal mendapat hak sebagai ibu bapa ke atas anak lelaki yang dilahirkan ‘bekas isterinya’, Rebekah Wilson.
  • Hak itu diberikan kepada Rebekah dan penderma spermanya, Harlan Vaugh yang kini merupakan kekasihnya.
  • Hakim Lynne McGuire memutuskan demikian kerana ‘isteri’ kepada ibu tidak dianggap secara automatik sebagai ibu kepada anak yang dilahirkan semasa perkahwinan.

Seorang wanita lesbian, Kris William yang menetap di Oklahoma gagal mendapat hak sebagai ibu bapa ke atas anak lelaki yang dibesarkan selama dua tahun.

Memetik laporan NBC News, hakim memutuskan hak itu diberi kepada penderma sperma yang kini merupakan kekasih kepada ‘bekas isterinya’.

Kris Williams dan Rebekah Wilson telah ‘sah berkahwin’ pada Jun 2019, dan Rebekah kemudian mengandung menerusi persenyawaan sperma yang didermakan oleh seorang lelaki, Harlan Vaugh.

Susulan itu, Rebekah melahirkan seorang bayi lelaki pada Ogos tahun yang sama.

Menurut dokumen mahkamah, kedua-dua nama pasangan lesbian ini tertulis dalam sijil kelahiran bayi itu.

Bagaimanapun, ‘jodoh’ pasangan ini tidak panjang apabila mereka ‘bercerai’ November 2021, dan Rebekah pula tinggal bersama Harlan tidak lama selepas itu.

Walaupun namanya tertulis dalam sijil kelahiran bayi itu, Kris tidak pernah mendaftar sebagai penjaga sah kepada bayi itu sebelum berpisah dengan Rebekah

“Realitinya, remedi undang-undang telah tersedia untuk Williams (Kris).

“Dia secara sedar memilih untuk tidak meneruskannya” tulis Hakim Daerah Oklahoma County, Lynne McGuire dalam keputusannya.

Rebekah dan Harlan, yang kini mempunyai anak kandung kedua, diputuskan sebagai ibu bapa sah kepada bayi tersebut.

Di Oklahoma, pasangan suami isteri dianggap sebagai ibu bapa kepada anak yang dilahirkan dalam perkahwinan itu.

Bagaimanapun dalam kes ini, Hakim Lynne McGuire menegaskan yang akta keibubapaan negeri mendahului pengesahan perkahwinan sejenis di negeri itu.

Tiada anggapan bahawa ‘isteri’ kepada ibu secara automatik dianggap sebagai ibu kepada anak yang dilahirkan semasa perkahwinan, tambahnya dalam keputusan tersebut.

Sumber: NBC News

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *