Antarabangsa
Transgender ditahan di penjara wanita selepas disabit merogol remaja lelaki
Seorang lelaki yang mengaku sebagai “wanita” disabit merogol seorang remaja lelaki berusia 16 tahun pada 2016 di bandar Thiruvananthapuram, India.
- Seorang lelaki yang mengaku sebagai “wanita” disabitkan merogol seorang remaja lelaki berusia 16 tahun pada 2016 di bandar Thiruvananthapuram, India.
- Sachu Samson, 34, dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan denda 25,000 Rupee (lebih kurang $300 USD) oleh Mahkamah Khas Kerala yang menempatkan Samson di penjara wanita sebelum dipindahkan ke “penjara khas untuk banduan transgender”.
- Denda itu ditetapkan untuk dibayar sebagai pampasan terus kepada mangsa dan Samson berisiko dipenjara setahun jika ingkar.
- Mangsa menyatakan walaupun penampilan dan nama Samson kini berubah, dia masih orang yang menyerangnya dan pernah menjadi seorang lelaki pada masa itu.
Seorang lelaki yang mengaku sebagai “wanita” disabit merogol seorang remaja lelaki berusia 16 tahun pada 2016 di bandar Thiruvananthapuram, India.
Sachu Samson, 34, dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan denda 25,000 Rupee (lebih kurang $300 USD) oleh Mahkamah Khas Kerala yang menempatkan Samson di penjara wanita sebelum dipindahkan ke “penjara khas untuk banduan transgender,” demikian lapor Reduxx memetik saluran berita undang-undang India, Bar and Bench.
Denda itu ditetapkan untuk dibayar sebagai pampasan terus kepada mangsa dan Samson berisiko dipenjara setahun jika ingkar.
Semasa perbicaraan pada 7 Februari lalu, pihak pendakwaan memberitahu mahkamah insiden rogol itu berlaku di tandas awam di stesen kereta api di mana mangsa memberi keterangan mengatakan Samson mengugut dan memaksanya masuk ke kawasan tertutup serta melakukan gangguan seksual tidak wajar ke atasnya.
Samson memperoleh nombor telefon mangsa semasa insiden itu dan sering menghubungi remaja terbabit, menuntut mereka bertemu kembali.
Di bawah ancaman “penyiksaan,” mangsa tidak memberitahu keluarganya tentang pengalaman pahit itu, bagaimanapun ancaman dihadapi mangsa terbongkar apabila ibu remaja terbabit menyedari kelakuan anaknya yang pelik.
Samson dilaporkan cuba menggunakan identiti “transgender”nya untuk menindakkan jenayahnya, mendakwa dia kini dikenali “Shefina” dan menjalani prosedur perubatan pengesahan jantina.
Semasa pemeriksaan balas, mangsa menyatakan walaupun penampilan dan nama Samson kini berubah, dia masih orang yang menyerangnya dan pernah menjadi seorang lelaki pada masa itu.
Seorang doktor sebagai saksi mengesahkan tiada bukti menunjukkan “identiti jantina” Samson akan menganggapnya tidak mampu melakukan jenayah seks terhadap kanak-kanak di bawah umur.
Mahkamah mengambil kira kenyataan mangsa dan doktor apabila menolak hujah pembelaan bahawa Samson “selama ini adalah wanita trans” dan tidak boleh melakukan perbuatan rogol itu.
Sumber : Reduxx