Connect with us

Teknologi

Teknologi terkini Prolintas jamin keselesaan, keselamatan pengguna lebuh raya

Keselamatan dan keselesaan pengguna menjadi keutamaan dan jaminan Projek Lintasan Kota Holdings (Prolintas) di setiap lebuhrayanya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Teknologi terkini Prolintas jamin keselesaan, keselamatan pengguna lebuh raya
Foto: Mohammad Azlan (dua dari kanan) juga beri jaminan respons lebih cepat kepada pengguna berdepan masalah di jalan raya PROLINTAS.
  • Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prolintas, Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata, selain dapat penarafan binaan hijau, lebuhraya syarikat itu dilengkapi dengan teknologi terkini.
  • “Kalau secara konvensional, jika ada sebarang kejadian di tengah-tengah lebuhraya mungkin kita akan tunggu laporan dari pengguna atau pasukan peronda beroperasi 24 jam tapi kadang-kala kejadian berlaku di luar liputan mereka.”
  • “Jadi sistem kawalan bilik operasi lebuh raya kami boleh kesan jika ada kesesakan melebihi beberapa jarak dan boleh dilihat dari CCTV untuk ambil tindakan segera,” katanya.

 

KUALA LUMPUR: Keselamatan dan keselesaan pengguna menjadi keutamaan dan jaminan Projek Lintasan Kota Holdings (Prolintas) di setiap lebuhrayanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prolintas, Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata, selain mendapat penarafan binaan hijau, lebuh raya syarikat itu juga dilengkapi dengan teknologi terkini.

Selain pencahayaan LED di sepanjang lebuhraya, ia turut disokong dengan kamera litar tertutup (CCTV) berdefinisi tinggi dan sistem pengesanan trafik pintar.

“Kalau secara konvensional, jika ada sebarang kejadian di tengah-tengah lebuhraya mungkin kita akan tunggu laporan daripada pengguna atau pasukan peronda yang beroperasi 24 jam tapi kadang-kala kejadian berlaku di luar liputan mereka.

“Jadi sistem kawalan bilik operasi lebuh raya kami boleh mengesan jika ada kesesakan yang melebihi beberapa jarak dan boleh dilihat daripada CCTV untuk kita ambil tindakan segera,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Selasa.

Di samping itu, Prolintas juga ada aplikasi yang boleh dimuat turun secara percuma yang membolehkan pengguna menghantar isyarat pertolongan dengan lebih mudah dan cepat.

Dengan itu katanya, bantuan dapat disampaikan kepada pengguna lebuh raya yang mengalami kerosakan kereta atau masalah-masalah lain dengan waktu respons yang lebih pantas.

“Tak perlu lagi nak telefon bilik kawalan nak beritahu anda di kilometer berapa, kita boleh kesan anda di mana.

“Aplikasi itu juga ada menu pratetap (preset) di mana anda boleh nyatakan masalah yang dihadapi, dan isyarat tersebut akan disalurkan terus kepada pasukan peronda yang terdekat.”

 

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *