Connect with us

Antarabangsa

Tahanan Palestin protes hukuman kolektif rejim Israel

Tahanan Palestin di penjara Israel melancarkan kempen protes terhadap langkah hukuman kolektif di bawah Menteri Keselamatan, Itamar Ben-Gvir.

Wartawan TMT

Published

on

Tahanan Palestin protes hukuman kolektif rejim Israel
Foto: Itamar Ben-Gvir.
  • Tahanan Palestin di penjara Israel melancarkan kempen protes terhadap langkah hukuman kolektif di bawah Menteri Keselamatan, Itamar Ben-Gvir.
  • Bantahan tercetus selepas Pentadbiran Penjara Israel mula mengenakan hukuman kolektif terhadap tahanan Palestin termasuk dengan menutup kantin serta kemudahan lain pada Jumaat dan Sabtu.
  • Tahanan yang meninggalkan sel mereka akan digari walaupun untuk ke klinik penjara.
  • Bahkan, tempoh mandi juga dihadkan kepada tiga minit untuk air panas, lawatan bulanan keluarga turut dihadkan dan sukan pagi dihentikan.

RAMALLAH, 26 Rejab 1444H, Jumaat – Tahanan Palestin di penjara Israel melancarkan kempen protes terhadap langkah hukuman kolektif di bawah Menteri Keselamatan, Itamar Ben-Gvir.

Protes meluas telah mendorong kepada peningkatan ketegangan di penjara dan hal ehwal tahanan Palestin pada Khamis memberi amaran situasi itu boleh menjadi serius jika tidak ditangani.

Bantahan tercetus selepas Pentadbiran Penjara Israel mula mengenakan hukuman kolektif terhadap tahanan Palestin termasuk dengan menutup kantin serta kemudahan lain pada Jumaat dan Sabtu.

Di bawah peraturan baharu itu juga, tahanan yang meninggalkan sel mereka akan digari walaupun untuk ke klinik penjara.

Bahkan, tempoh mandi juga dihadkan kepada tiga minit untuk air panas, lawatan bulanan keluarga turut dihadkan dan sukan pagi dihentikan.

Awal bulan ini, Ben-Gvir mengarahkan penutupan kedai roti yang menyediakan roti harian kepada tahanan.

Sebagai tindak balas kepada tindakan itu, Jawatankuasa Tertinggi Banduan mengumumkan kempen ingkar serta-merta diikuti dengan mogok lapar untuk menandakan menjelang bulan Ramadan.

Sejumlah 4,780 rakyat Palestin kini di penjara Israel, termasuk 160 kanak-kanak, 29 wanita dan 914 lagi mereka di bawah tahanan pentadbiran.-  Agensi

Sumber: Ismaweb

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Malaysia boleh ikut jejak Australia haramkan penjualan vape di luar farmasi

Malaysia boleh mengikuti jejak Australia mengharamkan penjualan vape di luar farmasi sekiranya ia mahu berbuat demikian.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Doktor Farmasi Klinikal, Profesor Mohamad Haniki Nik Mohamed.
  • Malaysia boleh mengikuti jejak Australia mengharamkan penjualan vape di luar farmasi sekiranya ia mahu berbuat demikian.
  • Doktor Farmasi Klinikal, Profesor Mohamad Haniki Nik Mohamed bagaimanapun berkata produk berkenaan perlu didaftar dan dikawal selia di bawah National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) sebagai produk berhenti merokok.
  • “Kalau kita nak ikut Australia, kita dah ada kita punya regulations. Kalau nak apa-apa produk pun digunakan untuk berhenti merokok, produk tersebut perlu diluluskan dahulu oleh National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
  • “Jadi kalau dia (penjual mengesyorkan) gunakan untuk tujuan membantu orang berhenti merokok, jadi daftarkanlah produk dia, produk rokok elektronik tu.
  • “Jadi bila dah daftar, bolehlah dijual di bawah kategori apa yang bersesuaian itu (yang) akan ditentukan pihak KKM berdasarkan bukti kajian klinikal yang dijalankan berdasarkan kepada tahap keselamatan, keberkesanan dan kualiti produk itu,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times (TMT) di sini hari ini.
  • Beliau mengulas laporan media mengenai tindakan Australia melarang penjualan vape di luar farmasi berkuatkuasa semalam.

KUALA LUMPUR – Malaysia boleh mengikuti jejak Australia mengharamkan penjualan vape di luar farmasi sekiranya ia mahu berbuat demikian.

Doktor Farmasi Klinikal, Profesor Mohamad Haniki Nik Mohamed bagaimanapun berkata produk berkenaan perlu didaftar dan dikawal selia di bawah National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) sebagai produk berhenti merokok.

NPRA adalah agensi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kalau kita nak ikut Australia, kita dah ada kita punya regulations. Kalau nak apa-apa produk pun digunakan untuk berhenti merokok, produk tersebut perlu diluluskan dahulu oleh National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Jadi kalau dia (penjual mengesyorkan) gunakan untuk tujuan membantu orang berhenti merokok, jadi daftarkanlah produk dia, produk rokok elektronik tu.

“Jadi bila dah daftar, bolehlah dijual di bawah kategori apa yang bersesuaian itu (yang) akan ditentukan pihak KKM berdasarkan bukti kajian klinikal yang dijalankan berdasarkan kepada tahap keselamatan, keberkesanan dan kualiti produk itu,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times (TMT) di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan media mengenai tindakan Australia melarang penjualan vape di luar farmasi berkuatkuasa semalam.

Semalam, Australia menjadi negara pertama menguatkuasakan pengharaman penjualan vape di luar farmasi yang menyaksikan pembuatan, pembekalan, pemilikan komersial dan pengiklanan tempatan vape pakai buang dan vape bukan terapeutik, dilarang di bawah langkah pembaharuan itu.

Menurut undang-undang baharu itu, penguatkuasaan akan menyasarkan individu dan peniaga penjual vape, bukannya penggunanya.

Hukuman berat bagi individu yang menjual vape bukan terapeutik adalah hukuman maksimum tujuh tahun penjara dan denda $2.2 juta, manakala syarikat boleh dikenakan denda sehingga $21.91 juta untuk setiap kesalahan. 

Semakan TMT menerusi enjin carian di laman sesawang NPRA setakat ini menunjukkan tiada produk vape berdaftar di bawah agensi kawalselia farmaseutikal kebangsaan Malaysia itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending