Connect with us

Antarabangsa

Senat Kansas luluskan RUU tentukan takrifan wanita adalah wanita secara biologi

Senat Kansas pada Khamis lalu meluluskan rang undang-undang (RUU) mentakrifkan wanita sebagai wanita secara biologi (lahir sebagai wanita) untuk tujuan undang-undang dalam negeri itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Rasyidah Zulkifli

Published

on

Senat Kansas luluskan RUU tentukan takrifan wanita adalah wanita secara biologi
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Senat Kansas pada Khamis lalu meluluskan RUU mentakrifkan wanita sebagai wanita secara biologi untuk tujuan undang-undang dalam negeri.
  • RUU itu diluluskan tanpa sokongan daripada mana-mana senator negeri dari parti Demokrat.
  • Ia bertujuan menjelaskan definisi wanita untuk kemudahan jantina tunggal di bawah bidang kuasa negeri. 
  • RUU itu dijangka akan diveto secara meluas oleh Gabenor Laura Kelly dari Demokrat.

Senat Kansas pada Khamis lalu meluluskan rang undang-undang (RUU) mentakrifkan wanita sebagai wanita secara biologi (lahir sebagai wanita) untuk tujuan undang-undang dalam negeri itu.

RUU itu diluluskan tanpa sokongan daripada mana-mana senator negeri dari parti Demokrat dan menghadapi kesukaran untuk mengatasi kuasa veto daripada gabenor Demokrat.

Ia menyatakan seorang wanita adalah wanita, yang mana RUU itu mentakrifkan sebagai “seorang individu yang sistem pembiakan biologinya dibangunkan untuk menghasilkan ovum.” 

Senator Negeri Renee Erickson (R) berkata undang-undang itu bertujuan menjelaskan definisi wanita untuk kemudahan jantina tunggal di bawah bidang kuasa negeri.

“Apa yang dilakukan ini hanyalah mengkodifikasikan dalam undang-undang definisi seks di mana terdapat definisi jantina, ia bermaksud biologi lelaki dan perempuan seperti yang ditentukan semasa lahir. Itu sangat fakta, ia sangat objektif,” katanya.

Bagaimanapun senator-senator dari Parti Demokrat mengecam RUU itu sebagai “mensasarkan transgender di Kansas” sambil mengatakan ia “sama-sama menyinggung perasaan warga Kansas.” 

RUU itu dijangka akan diveto secara Gabenor Laura Kelly (D) yang sebelum ini memveto undang-undang mengenai definisi seks biologi. 

Tahun lalu, Kelly memveto RUU yang bertujuan melarang lelaki biologi daripada bertanding dalam sukan wanita. 

Penggubal undang-undang di negeri konservatif mendesak RUU memaktubkan seks biologi sebagai undang-undang negara, manakala negeri-negari liberal memihak kepada aktivis transgender dan memilih dasar berbeza. 

Seorang penggubal undang-undang di California baru-baru ini memperkenalkan RUU yang memerlukan semua sekolah K-12 mempunyai bilik mandi jantina neutral, dengan alasan ia akan “memastikan kesejahteraan pelajar LGBTQ+ dan bukan binari kami”.

Sumber: Washington Examiner

Author