Connect with us

Terkini

Salah cetak Al-Quran bakal berdepan penalti RM50,000

Rang Undang-Undang Percetakan Teks Al-Qur’an (Pindaan) 2023 dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini yang antara lain untuk menaikkan penalti dan hukuman penjara bagi kesalahan mencetak atau menerbitkan teks al-Quran yang tidak diperakui Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran (LPPPQ).

Wartawan TMT

Published

on

Salah cetak Al-Quran bakal berdepan penalti RM50,000
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • RUU Percetakan Teks Al-Qur’an (Pindaan) 2023 dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini untuk menaikkan penalti dan hukuman penjara bagi kesalahan mencetak atau menerbitkan teks al-Quran yang tidak diperakui Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran.
  • RUU yang bertujuan meminda Akta Pencetakan Teks Al-Qur’an 1986 itu mencadangkan peningkatan jumlah penalti maksimum kepada RM50,000 daripada RM10,000, serta menaikkan hukuman maksimum penjara dari tiga tahun ke lima tahun.

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang Percetakan Teks Al-Qur’an (Pindaan) 2023 dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini yang antara lain untuk menaikkan penalti dan hukuman penjara bagi kesalahan mencetak atau menerbitkan teks al-Quran yang tidak diperakui Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran (LPPPQ).

Rang undang-undang yang bertujuan meminda Akta Pencetakan Teks Al-Qur’an 1986 itu mencadangkan peningkatan jumlah penalti maksimum kepada RM50,000 daripada RM10,000, serta menaikkan hukuman maksimum penjara dari tiga tahun ke lima tahun.

Rang undang-undang itu juga bagi menaikkan penalti untuk kesalahan mencetak atau menerbitkan sesuatu teks al-Quran yang berbeza dengan ayat-ayat al-Quran yang diperakui betul oleh LPPPQ dan jika disabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 berbanding RM20,000 sebelum ini.

Selain itu, ia juga memberi mahkamah kuasa untuk memerintahkan pelucuthakan sesuatu teks atau bahan al-Quran yang tidak mengikut kaedah penulisan yang ditentukan LPPQ.

Rang undang-undang itu juga memasukkan seksyen baharu bertujuan memberi LPPPQ kuasa untuk mengeluarkan garis panduan atau arahan sebagaimana yang difikirkan sesuai untuk mengawal selia pencetakan, pengimportan, penerbitan, penjualan, pengedaran, pelupusan, penterjemahan atau pentafsiran teks atau bahan al-Quran.

Peruntukan baharu itu juga membenarkan LPPPQ mengenakan penalti kewangan bagi apa-apa ketidakpatuhan terhadap mana-mana garis panduan atau arahan yang dikeluarkan oleh lembaga itu.

Rang undang-undang itu dibentang Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah yang menyatakan bacaan kali kedua dan ketiga akan dibentang pada persidangan Dewan Rakyat ini.

Sumber :  Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending