Antarabangsa
Rejim Israel rampas duit Palestin bayar pampasan mangsa serangan pendudukan
Rejim Israel rampas duit Palestin bayar pampasan mangsa serangan pendudukan
- Rejim Israel, yang mengutip cukai bagi pihak berkuasa Palestin, akan menggunakan 100 juta shekel (USD29 juta) daripada dana PA (Palestinian Authority) untuk membayar pampasan kepada mangsa serangan Palestin, kata Menteri Kewangan Israel Bezalel Smotrich.
- Ini bukan kali pertama pihak berkuasa Israel merampas hasil cukai Palestin sebagai “pampasan” kepada keluarga Israel yang terbunuh dan cedera dalam operasi membabitkan warga Palestin.
- Seorang pegawai kanan ekonomi PA, yang tidak mahu namanya disiarkan, memberitahu Arab News bahawa keputusan Israel menggandakan potongan cukai akan memburukkan lagi krisis kewangan dialami PA selama lebih setahun.
RAMALLAH – Rejim Israel, yang mengutip cukai bagi pihak berkuasa Palestin, akan menggunakan 100 juta shekel (USD29 juta) daripada dana PA (Palestinian Authority) untuk membayar pampasan kepada mangsa serangan Palestin, kata Menteri Kewangan Israel Bezalel Smotrich.
Jumlah yang akan ditolak itu adalah dua kali ganda jumlah yang biasanya dirampas setiap bulan — USD14.7 juta — ia merupakan langkah pertama Smotrich sejak memegang jawatan.
Smotrich yang mengeluarkan arahan itu mendakwa dana itu kebiasaannya dipindahkan PA kepada keluarga banduan dan mereka yang melakukan serangan terhadap pendudukan rejim Israel.
Ini bukan kali pertama pihak berkuasa Israel merampas hasil cukai Palestin sebagai “pampasan” kepada keluarga Israel yang terbunuh dan cedera dalam operasi membabitkan warga Palestin.
Pada 8 Januari lalu, Smotrich mengarahkan rampasan USD40.5 juta daripada dana PA sebagai sebahagian sekatan ke atas rakyat Palestin.
Jumlah ditolak rejim Israel antara 2011 dan 2021 di bawah klausa itu mencecah USD11 bilion.
Pada tahun 2022 sahaja, jumlah potongan Israel unilateral daripada hasil cukai Palestin berjumlah USD 450 juta.
Seorang pegawai kanan ekonomi PA, yang tidak mahu namanya disiarkan, memberitahu Arab News bahawa keputusan rejim Israel menggandakan potongan cukai akan memburukkan lagi krisis kewangan dialami PA selama lebih setahun.
Sumber: Arab News
Antarabangsa
Lebih 2,000 terbunuh di Lubnan akibat serangan Israel
Kementerian Kesihatan Lubnan pada Rabu mengumumkan angka kematian akibat serangan Israel ke atas Lubnan meningkat kepada 2,119 dengan 10,019 lagi cedera sejak 8 Oktober 2023.
- Kementerian Kesihatan Lubnan pada Rabu mengumumkan angka kematian akibat serangan Israel ke atas Lubnan meningkat kepada 2,119 dengan 10,019 lagi cedera sejak 8 Oktober 2023.
- Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata dalam tempoh 24 jam lalu 36 orang terbunuh dan 150 yang lain cedera.
- “Dalam tempoh 24 jam yang lalu, 137 serangan udara telah direkodkan, menjadikan jumlah serangan sejak permulaan pencerobohan kepada 9,400 (serangan udara).
- “990 pusat telah dibuka untuk menempatkan orang yang berpindah, di mana 781 pusat telah mencapai kapasiti maksimum mereka, dengan 181,700 individu yang dipindahkan telah didaftarkan di tempat perlindungan,” kata Menteri Alam Sekitar Nasser Yassin dalam kenyataan berasingan dipetik agensi berita Anadolu.
Kementerian Kesihatan Lubnan pada Rabu mengumumkan angka kematian akibat serangan Israel ke atas Lubnan meningkat kepada 2,119 dengan 10,019 lagi cedera sejak 8 Oktober 2023.
Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata dalam tempoh 24 jam lalu 36 orang terbunuh dan 150 yang lain cedera.
“Dalam tempoh 24 jam yang lalu, 137 serangan udara telah direkodkan, menjadikan jumlah serangan sejak permulaan pencerobohan kepada 9,400 (serangan udara).
“990 pusat telah dibuka untuk menempatkan orang yang berpindah, di mana 781 pusat telah mencapai kapasiti maksimum mereka, dengan 181,700 individu yang dipindahkan telah didaftarkan di tempat perlindungan,” kata Menteri Alam Sekitar Lubnan, Nasser Yassin dalam kenyataan berasingan dipetik agensi berita Anadolu.
“Jawatankuasa kecemasan kementerian akan bertanggungjawab menerima bantuan antarabangsa dan mengagihkannya kepada mereka yang kehilangan tempat tinggal di seluruh wilayah, melalui mekanisme yang jelas dan telus,” kata menteri itu.
Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas Lubnan terhadap apa yang didakwa rejim zionis itu sebagai sasaran Hizbullah sejak 23 September lalu, membunuh lebih 1,250 orang dan mencederakan 3,618 yang lain.
Kempen serangan udara itu adalah peningkatan dalam peperangan rentas sempadan antara Israel dan Hizbullah sejak permulaan tindakan genosid Tel Aviv di Gaza yang telah membunuh hampir 42,000 orang, majoritinya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan balas Hamas ke atas Israel tahun lalu. – The Merdeka Times
-
Terkini20 hours ago
(VIDEO) Serbuan, rampasan jam tangan LGBT “keterlaluan” – Anwar
-
Terkini2 days ago
Suami wajib beri nafkah ikut kemampuan
-
Terkini23 hours ago
Anwar kata serbuan jam tangan berunsur LGBT keterlaluan, Fadhli sedia tarik balik pujian
-
Antarabangsa2 days ago
Himpunan pro-Palestin seluruh dunia, setahun genosid Israel di Gaza