Connect with us

Antarabangsa

Ramai rakyat Israel tidak mahu lagi tinggal di negara haram

Bilangan warga Israel yang mahu mendapatkan pasport asing untuk berpindah ke luar negara kerana Israel bukan lagi pilihan yang berdaya maju semakin meningkat, menurut Saluran 12 Israel.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Ramai rakyat Israel tidak mahu lagi tinggal di negara haram
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang pakar berkata, lebih ramai rakyat Israel takut dengan apa yang berlaku, kini permohonan untuk warganegara asing sudah bertambah.
  • Penduduk di Israel kini sedang mencari tempat untuk berhijrah. 
  • Laporan itu dikeluarkan beberapa hari selepas bekas Perdana Menteri, Naftali Bennett, memberi amaran bahawa negara itu berdepan prospek ‘perang saudara’ di tengah-tengah bantahan terhadap cadangan pembaharuan kerajaan Israel. 
  • Peningkatan jumlah warga Israel memohon pasport alternatif, selari dengan operasi penentangan di Baitulmaqdis dan Tebing Barat sebagai tindak balas kepada serbuan maut di wilayah Palestin oleh tentera Israel.

TEL AVIV, 6 Syaaban 1444H, Isnin – Bilangan warga Israel yang mahu mendapatkan pasport asing untuk berpindah ke luar negara kerana Israel bukan lagi pilihan yang berdaya maju semakin meningkat, menurut Saluran 12 Israel.

Seorang pakar dipetik oleh penyiar sebagai berkata: “Lebih ramai rakyat Israel takut dengan apa yang berlaku, kini permohonan untuk warganegara asing sudah bertambah.”

Beliau berkata, penduduk di Israel kini sedang mencari tempat untuk berhijrah. 

Laporan itu dikeluarkan beberapa hari selepas bekas Perdana Menteri, Naftali Bennett dalam temu bual dengan Channel 12, memberi amaran bahawa negara itu berdepan prospek ‘perang saudara’ di tengah-tengah bantahan terhadap cadangan pembaharuan kerajaan Israel. 

Secara berasingan, Bennett memberitahu Radio Tentera: “Kita berada di titik paling berbahaya dalam sejarah negara ini.”

Peningkatan jumlah warga Israel yang memohon pasport alternatif, juga selari dengan operasi penentangan di Baitulmaqdis dan Tebing Barat yang diduduki sebagai tindak balas kepada serbuan maut di wilayah Palestin oleh tentera Israel. – Agensi

Sumber: Ismaweb

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *