Connect with us

Terkini

Pusat pendidikan awal kanak-kanak perlu seiring penambahan guru

Perbincangan untuk menambah pusat pendidikan awal kanak-kanak sedang dilakukan bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Wartawan TMT

Published

on

Pusat pendidikan awal kanak-kanak perlu seiring penambahan guru
Foto: Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Datuk Norison Ramli
  • “Tidak dinafikan jumlah tabika atau taska masih tidak mencukupi berikutan mendapat permintaan tinggi dari ibu bapa terutama selepas berlaku kenaikan kos sara hidup.” – Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Datuk Norison Ramli
  • “Sebelum ini ramai ibu bapa memilih tabika/taska swasta namun bila kos sara hidup meningkat, ramai mohon kerajaan agar tambah jumlah tabika/taska. Kita pun masih tunggu KPM sekiranya diberikan lebih kuota agar dapat buka lebih banyak lagi,” 
  • Norison maklumkan JPNIN akan bincang dengan KPM untuk menambah silibus bahasa asas, iaitu Mandarin, Tamil, Iban, Kadazan, Siam dan bahasa isyarat di tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan prasekolah bermula tahun ini.

 

ALOR SETAR – Perbincangan untuk menambah pusat pendidikan awal kanak-kanak sedang dilakukan bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Datuk Norison Ramli berkata, bagaimanapun penambahan jumlah taman bimbingan kanak-kanak (tabika) atau taman asuhan kanak-kanak (taska) perlu seiring dengan penambahan guru dan premis di sesebuah kawasan.

Menurutnya, sehubungan itu JPNIN akan mengadakan mesyuarat bersama KPM pada minggu depan bagi memperhalusi perancangan tersebut.

“Tidak dinafikan jumlah tabika atau taska masih tidak mencukupi berikutan mendapat permintaan tinggi daripada ibu bapa terutama selepas berlaku kenaikan kos sara hidup.

“Memang ada permintaan untuk tambah lagi tabika baharu, namun pada masa sama perlu tambahkan guru. Aspek ini sedang diteliti kerana libatkan banyak pihak untuk tambah kaki tangan kerajaan (guru) antaranya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan,” katanya selepas merasmikan Hari Graduasi Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan 2022 Daerah Kota Setar/Padang Terap/Pokok Sena di sini pada Rabu.

Hadir sama Pengarah Perpaduan Kedah, Ahmad Puat Junus.

Norison memberitahu, KPM sememangnya sedang menilai perancangan untuk menambah bilangan tabika, taska dan prasekolah berdasarkan dasar sedia ada.

“Semua tabika termasuk tabika perpaduan, tabika Kemas mahupun swasta mesti berdaftar bawah KPM.

“Setakat ini jumlahnya memang tidak mencukupi sebab had pelajar tidak melebihi 30 orang dalam satu kelas agar tiada pelajar terpinggir, secara purata hanya 25 orang dalam satu kelas,” ujarnya.

Menurutnya lagi, tambahan guru, premis dan peralatan pembelajaran harus disediakan terlebih dahulu sebelum membuka tabika/taska baharu.

“Ia melibatkan kos di pihak kerajaan, banyak pihak terlibat akan memperincikan perkara ini.

“Sebelum ini ramai ibu bapa memilih tabika/taska swasta namun apabila kos sara hidup meningkat, ramai mohon kerajaan agar tambah jumlah tabika/taska. Kita pun masih tunggu KPM sekiranya diberikan lebih kuota agar dapat buka lebih banyak lagi,” katanya.

Norison berkata, perancangan ke arah itu terpaksa ditangguhkan selagi persediaan awal atau kekangan yang dinyatakan tadi belum dapat diatasi.

Pada 3 Januari, Sinar Harian melaporkan jumlah pusat pendidikan awal kanak-kanak disediakan kerajaan masih belum mencukupi bagi menampung permintaan tinggi dalam negara.

Pensyarah Kanan Program Pendidikan Awal Kanak-kanak daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Juppri Bacotang berkata, negara masih belum mencapai sasaran nisbah sepatutnya bagi peringkat pendidikan tersebut yang digariskan KPM.

Jelasnya, peningkatan drastik taska dan tadika dikendalikan pihak swasta terutamanya di bandar besar antara bukti kekurangan kemudahan pendidikan tersebut.

Dalam pada itu, Norison memaklumkan, JPNIN juga akan berbincang dengan KPM untuk menambah silibus bahasa asas, iaitu Mandarin, Tamil, Iban, Kadazan, Siam dan bahasa isyarat di tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan prasekolah bermula tahun ini.

“Di tabika perpaduan, mulai tahun lepas kita tambah silibus baharu itu untuk terapkan persefahaman pelbagai kaum agar pelajar dapat berinteraksi tanpa kekok.

“Jadi kita perkenalkan bahasa asas tersebut yang disediakan sejak 2020 berkaitan penerapan Rukun Negara,” katanya.

Tambah beliau, terdapat lebih 1,780 tabika perpaduan di seluruh negara manakala di Kedah melebihi 100 buah.

 

Sumber: Sinar Harian

Author

Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending