Connect with us

Terkini

Pensijilan halal akan diselaras ikut penanda aras baharu – TPM

Kriteria bagi mendapatkan pensijilan halal akan diselaraskan mengikut penanda aras yang sudah diperincikan, baru-baru ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pensijilan halal akan diselaras ikut penanda aras baharu – TPM
Foto: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri).
  • Perincian penanda aras itu dicapai menerusi perbincangan bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
  • “Kita akan selaraskan ikut penanda aras ditentukan dengan melihat semua syarat bagi meminta tempoh tertentu bagi kelulusan atau penambahbaikan (permohonan pensijilan halal).”
  • “Ia (kriteria mengenai kelulusan atau penambahbaikan permohonan) bukannya dalam tempoh terlalu lama dan ini difahami Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta JAKIM,” katanya 

KUALA LUMPUR: Kriteria bagi mendapatkan pensijilan halal akan diselaraskan mengikut penanda aras yang sudah diperincikan, baru-baru ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perincian penanda aras itu dicapai menerusi perbincangan bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Sehubungan itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis Halal Malaysia akan membangkitkan perkara itu pada mesyuarat majlis berkenaan, yang dijadual berlangsung minggu depan.

“Kita akan selaraskan mengikut penanda aras ditentukan dengan melihat semua syarat bagi meminta tempoh tertentu bagi kelulusan atau penambahbaikan (permohonan pensijilan halal).

“Ia (kriteria mengenai kelulusan atau penambahbaikan permohonan) bukannya dalam tempoh terlalu lama dan ini difahami Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta JAKIM,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah melancarkan penjenamaan semula Kompleks Industri Makanan Halal MARA (KIMAR) kepada MARA Halal Industrial Park (MHI Park).

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang; Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Wilayah dan Desa, Datuk Seri Ramlan Harun serta Ketua Pengarah MARA, Datuk Seri Azhar Abdul Manaf.

Sumber: Berita Harian

Author