Connect with us

Antarabangsa

Pakistan: RUU baharu larang rakyat kritik tentera & badan kehakiman diperkenal

Rang undang-undang baharu itu telah disemak Kementerian Undang-undang dan Keadilan serta Kementerian Dalam Negeri Pakistan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pakistan: RUU baharu larang rakyat kritik tentera & badan kehakiman diperkenal
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Rang undang-undang baharu itu disemak oleh Kementerian Undang-undang dan Keadilan serta Kementerian Dalam Negeri Pakistan.
  • Pindaan itu diperkenalkan ketika kritikan semakin meningkat di laman media sosial terhadap tentera Pakistan dan mahkamah negara berkenaan.
  • Rang Undang-undang itu dinamakan Akta Undang-Undang Jenayah (Pindaan), 2023 itu dicadangkan Seksyen 500A baharu di bawah Seksyen 500 dalam PPC 1860.
  • Menurut laporan, individu yang membuat, menerbitkan, mengedar sebarang kenyataan atau sebar maklumat melalui mana-mana medium, dengan niat mempersendakan atau sindir badan kehakiman, angkatan tentera atau mana-mana anggota boleh dihukum.

ISLAMABAD, 14 Rejab 1444H, Ahad — Pakistan telah memperkenalkan undang-undang baharu yang menetapkan hukuman penjara sehingga lima tahun terhadap individu mengkritik atau mempersendakan pasukan tentera atau badan kehakiman negara.

Memetik agensi berita Pakistan, Dawn, rang undang-undang baharu itu telah disemak Kementerian Undang-undang dan Keadilan serta Kementerian Dalam Negeri Pakistan.

Pindaan rang undang-undang itu diperkenalkan ketika kritikan semakin meningkat di laman media sosial terhadap tentera Pakistan dan mahkamah negara berkenaan.

Memetik sumber di Kementerian Dalam Negeri mendakwa, ringkasan dan rang undang-undang itu akan dihantar ke Kabinet dalam masa terdekat.

Rang Undang-undang yang dinamakan Akta Undang-Undang Jenayah (Pindaan), 2023 itu mencadangkan Seksyen 500A baharu di bawah Seksyen 500 dalam PPC 1860.

Menurut laporan, individu yang membuat, menerbitkan, mengedar sebarang kenyataan atau menyebarkan maklumat melalui mana-mana medium, dengan niat untuk mempersendakan atau menyindir badan kehakiman, angkatan tentera atau mana-mana anggota boleh dihukum.

Mereka yang didapati bersalah boleh berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda lebih RM15,000 atau kedua-duanya sekali.

Malah, rang undang-undang selanjutnya menyatakan pesalah akan ditangkap tanpa waran dan kesalahan itu tidak boleh diikat jamin dan tidak boleh dikompaun, namun boleh dicabar di mahkamah sesyen. – Agensi

Sumber: Ismaweb

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *