Antarabangsa
(VIDEO) Paderi Kristian terkenal peluk Islam
Paderi Kristian Timur terkenal, Father Hilarion Heagy yang sangat dihormati dalam kalangan pengikutnya kerana penyabar dan baik serta menghargai kesucian, kini memeluk Islam, lapor The Islamic Information.

- Paderi Kristian Timur terkenal, Father Hilarion Heagy yang sangat dihormati dalam kalangan pengikutnya kerana penyabar dan baik serta menghargai kesucian, kini memeluk Islam.
- Bekas Paderi Kristian itu, mendakwa penukarannya kepada Islam adalah “kembali kepada Islam” dan berasa “seperti pulang” selepas membuat pengumuman itu.
- Dia yang kini dikenali sebagai Said Abdul Latif menulis dalam catatan blog, “Ia benar-benar terasa seperti “pulang” kepada kepercayaan pertama saya. Menurut al-Quran, sejak sebelum kita dilahirkan, kita menyembah Tuhan sahaja dan berserah kepadanya.”
CALIFORNIA – Paderi Kristian Timur terkenal, Father Hilarion Heagy yang sangat dihormati dalam kalangan pengikutnya kerana penyabar dan baik serta menghargai kesucian, kini memeluk Islam, lapor The Islamic Information.
Bekas Paderi Kristian itu, yang baru-baru ini mengumumkan rancangan untuk menubuhkan Biara Kristian Timur di California, mendakwa penukarannya kepada Islam sebenarnya adalah “kembali kepada Islam” dan berasa “seperti pulang” selepas membuat pengumuman itu.
Dia yang kini dikenali sebagai Said Abdul Latif menulis dalam catatan blog, “Ia benar-benar terasa seperti “pulang” kepada kepercayaan pertama saya. Menurut al-Quran, sejak sebelum kita dilahirkan, kita menyembah Tuhan sahaja dan berserah kepadanya.”
Katanya, yang menguatkan catatan itu dengan petikan ayat dari al-Quran (7:172).
View this post on Instagram
“Inilah sebab mengapa orang Islam yang menukar agama sering merujuk kepada ‘pulang’ kepada Islam, kepercayaan asal kita, dan bukannya ‘penukaran’. Proses ‘pulang’ yang berterusan,” tulisnya.
Umat Islam mengalu-alukan Said Abdul Latif dengan tangan terbuka.
“Masyarakat Islam telah menunjukkan kepada saya kemesraan dan keramahan luar biasa, baik secara peribadi mahupun dalam talian. Keramahan sebegitu adalah sesuatu yang tidak pernah saya temui.”
“Masa depan saya tidak pasti. Selalu ada beberapa ketakutan yang terlibat apabila melompat ke dalam kegelapan. Namun, saya merasai ketenangan. Satu kegembiraan.
“Satu kelegaan apabila dua puluh tahun tertarik kepada Islam akhirnya membawa saya pulang. Proses pertumbuhan iman seseorang kini bermula. pendidikan yang lebih mendalam. Pengabdian kepada Ad-Din. Pengabdian kepada Ummah. Pengabdian kepada Nabi,” katanya.
Sumber : The Islamic Information
