Connect with us

Terkini

Melaka harap permohonan naik taraf prasarana sekolah diluluskan

Kerajaan Negeri Melaka berharap permohonan bagi menaik taraf infrastruktur sekolah yang memerlukan di Melaka diluluskan menerusi peruntukan RM2.3 bilion yang disediakan bagi tujuan itu seperti dibentangkan pada Belanjawan 2023 Jumaat lepas.

Wartawan TMT

Published

on

Melaka harap permohonan naik taraf prasarana sekolah diluluskan
Foto: Exco Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi negeri, Datuk Rais Yasin.
  • Exco Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi negeri Datuk Rais Yasin berkata ia bagi membolehkan baik pulih sekolah usang dan mengalami banyak kerosakan fasiliti itu dapat dilakukan menerusi peruntukan disediakan Kementerian Pendidikan (KPM).
  • “Ini termasuk membina bangunan baharu menggantikan kabin yang dijadikan kelas dan telah berusia lebih 10 tahun yang dilihat tidak sesuai lagi digunakan selain kemudahan di bilik darjah bagi sekolah-sekolah lain yang telah rosak.
  • Kerja baik pulih di sekolah dikenal pasti di Melaka sudah pasti dapat menyediakan bilik darjah yang kondusif bagi membolehkan sesi pembelajaran dijalankan dalam suasana selesa dan selamat,” katanya.

MELAKA, 27 Feb (Bernama) — Kerajaan Negeri Melaka berharap permohonan bagi menaik taraf infrastruktur sekolah yang memerlukan di Melaka diluluskan menerusi peruntukan RM2.3 bilion yang disediakan bagi tujuan itu seperti dibentangkan pada Belanjawan 2023 Jumaat lepas.

Exco Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi negeri Datuk Rais Yasin berkata ia bagi membolehkan baik pulih sekolah yang usang dan mengalami banyak kerosakan fasiliti itu dapat dilakukan segera menerusi peruntukan disediakan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

“Ini termasuk membina bangunan baharu menggantikan kabin yang dijadikan kelas dan telah berusia lebih 10 tahun yang dilihat tidak sesuai lagi digunakan selain kemudahan di bilik darjah bagi sekolah-sekolah lain yang telah rosak.

Kerja baik pulih di sekolah yang dikenal pasti di Melaka ini sudah pasti akan dapat menyediakan bilik darjah yang kondusif bagi membolehkan sesi pembelajaran dijalankan dalam suasana selesa dan selamat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Melaka International College of Science And Technology (MiCoST) mewakili YM Mediscience Sdn Bhd bagi Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman bersama Felcra Education Services Sdn Bhd (FESSB) dan Todak Academy di Bandar Melaka di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif MiCoST Datuk Mohamad Azmi Sabtu, Pengurus Besar FESSB Datuk Hazrinor Hisham Harun dan Ketua Pegawai Eksekutif TODAK Academy Mohamad Taufik Rizal Aminuddin.

Mengulas lanjut Rais berkata beliau berharap peruntukan diumumkan itu dapat disalurkan kepada kerajaan negeri seiring bagi merealisasikan hasrat KPM untuk meningkatkan taraf pendidikan negara dan memelihara kebajikan guru serta murid-murid.

Advertisement

“Dengan peruntukan sebanyak RM55.2 bilion kepada KPM yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2023  itu sudah tentu mengambil kira betapa pentingnya bidang pendidikan kepada negara ini,” katanya.

Sementara itu beliau berkata kerjasama strategik yang dijalinkan bersama kedua-dua pihak berkenaan dapat meningkatkan lagi kecekapan dalam program yang ditawarkan MiCoST untuk memenuhi keperluan industri dalam bidang berkaitan termasuk  bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Sumber: Bernama

Author

Terkini

Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat

Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan menegaskan nilai kredit eMadani tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
  • Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
  • “Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
  • “Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.

Menurut MOF, pihaknya tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai itu, justeru orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.

“Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.

“Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas MOF, program eMADANI diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.

Pendaftaran program eMADANI dibuka sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.

Advertisement

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi program berkenaan seperti diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu.

Sumber : Utusan

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending