Connect with us

Antarabangsa

Mangsa gempa bumi di Turkiye kini berdepan perompak menyamar anggota misi kemanusiaan

Sekurang-kurangnya 98 suspek ditahan di Turkiye kerana didakwa merompak bangunan yang rosak selain menipu mangsa gempa bumi dengan membuat panggilan palsu, lapor agensi berita tempatan, Anadolu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Mangsa gempa bumi di Turkiye kini berdepan perompak menyamar anggota misi kemanusiaan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Menurut sumber polis yang enggan dikenali, hasil siasatan menyaksikan polis rampas wang tunai dalam mata wang dolar AS berjumlah AS$11,000 (RM47,643) dan 70,000 lira Turkiye (RM16,099). 
  • 20 telefon bimbit, lapan komputer riba, lima perkakasan, enam pucuk pistol dan tiga raifal selain barangan kemas serta kad bank milik beberapa individu turut dirampas.
  • Dua suspek menyamar sebagai pekerja bantuan kemanusiaan ditahan selepas cuba merompak dua buah lori dipenuhi bekalan makanan untuk mangsa gempa di wilayah Hatay, kata sumber berkenaan.
  • Presiden Recep Tayyip Erdogan, ketika melawat salah satu wilayah terjejas, Diyarbakir, kelmarin, berjanji akan banteras kumpulan perompak ambil kesempatan dari kesengsaraan orang lain.

 

ANKARA: Sekurang-kurangnya 98 suspek ditahan di Turkiye kerana didakwa merompak bangunan yang rosak selain menipu mangsa gempa bumi dengan membuat panggilan palsu, lapor agensi berita tempatan, Anadolu.

Menurut sumber polis yang enggan dikenali, kesemua suspek ditahan selepas siasatan dilakukan di lapan wilayah dengan sekurang-kurangnya 42 orang diberkas di wilayah Hatay saja.

Hasil siasatan menyaksikan polis merampas wang tunai dalam mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) berjumlah AS$11,000 (RM47,643) dan 70,000 lira Turkiye (RM16,099).

Selain itu, 20 telefon bimbit, lapan komputer riba, lima perkakasan, enam pucuk pistol dan tiga raifal selain barangan kemas serta kad bank milik beberapa individu turut dirampas, kata sumber berkenaan.

Dua suspek yang menyamar sebagai pekerja bantuan kemanusiaan turut ditahan selepas cuba merompak dua buah lori yang dipenuhi dengan bekalan makanan untuk mangsa gempa di wilayah Hatay.

Sementara itu, di daerah Beykoz di Istanbul, polis memberkas enam suspek kerana menipu sebilangan mangsa gempa bumi di bandar Gaziantep menerusi panggilan telefon.

Menurut seorang mangsa, Nedim Akarsu, dia dihubungi oleh suspek yang memperkenalkan diri sebagai pekerja telekomunikasi. Menurut suspek, mereka boleh membantu mangsa selepas memberikan maklumat peribadi perbankan.

Akarsu kemudian melaporkan perkara itu kepada polis selepas menyedari duit dalam akaun bank miliknya sudah dipindah ke akaun lain.

Presiden Recep Tayyip Erdogan, ketika melawat salah satu wilayah yang terjejas, Diyarbakir, kelmarin, berjanji akan membanteras kumpulan perompak yang mengambil kesempatan daripada kesengsaraan orang lain.

“Kerajaan sudah mengumumkan perintah darurat. Ini bermaksud bermula sekarang, sesiapa yang terbabit dalam kegiatan merompak atau menculik perlu tahu bahawa tindakan tegas kerajaan menanti mereka,” katanya. – AGENSI

 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *