Connect with us

Antarabangsa

LGBTQ punca musibah gempa bumi – Rabbi Israel

Gempa bumi baru-baru ini adalah akibat daripada peningkatan hak dan kebebasan kelompok songsang LGBTQ+, kata Ketua Rabbi Sephardic Baitulmaqdis, Shlomo Amar dalam kuliah mingguannya dipetik The Jerusalem Post.

Ziera Adurah

Published

on

Foto: Ketua Rabbi Sephardic Baitulmaqdis, Shlomo Amar.
  • Ketua Rabbi Sephardic Baitulmaqdis dan bekas Ketua Rabbi Sephardic Israel berkata gempa bumi yang berlaku baru-baru ini adalah akibat peningkatan hak dan kebebasan golongan songsang LGBTQ+.
  • Memetik petikan Talmud, dia berkata gempa bumi melanda Israel selepas Turkiye dan Syria adalah disebabkan peningkatan angka perkahwinan sesama jantina di wilayah itu.
  • “Bukan saya yang mentafsir, ini adalah bahasa Gemara” katanya, memetik daripada petikan Talmud: “Tuhan berkata anda mengejutkan masyarakat dengan sesuatu yang bukan milik anda”.

Gempa bumi baru-baru ini adalah akibat daripada peningkatan hak dan kebebasan kelompok songsang LGBTQ+, kata Ketua Rabbi Sephardic Baitulmaqdis, Shlomo Amar dalam kuliah mingguannya dipetik The Jerusalem Post.

Menggunakan petikan daripada Talmud untuk menyokong dakwaannya, Rabbi Amar yang juga bekas Ketua Rabbi Sephardic Israel berkata, gempa bumi yang melanda Israel selepas Turkiye dan Syria adalah disebabkan peningkatan angka perkahwinan sesama jantina di wilayah itu.

“Bukan saya yang mentafsir, ini adalah bahasa Gemara” katanya, memetik daripada petikan Talmud: “Tuhan berkata anda mengejutkan masyarakat dengan sesuatu yang bukan milik anda.”

Rabbi Amar sebelum ini ada membuat kenyataan berkenaan komuniti songsang homoseksual. 

Pada 2016, beliau menggambarkan kelompok LGBTQ sebagai “kultus kekejian” dan menegaskan mereka perlu dikenakan hukuman mati mengikut undang-undang Yahudi.

Rabbi Amar turut menyatakan golongan homoseksual tidak boleh menjadi orang Yahudi beragama, melabel homoseksualiti sebagai “nafsu liar yang perlu diatasi,” dan berkata “haiwan dan binatang buas tidak berkelakuan seperti itu” susulan perarakan gay di wilayah itu. 

Pembaca berita, Ori Qual yang merupakan seorang gay memberi respon kepada dakwaan Rabbi Shlomo Amar.

“Sebagai seorang gay dan seorang yang dihantar ke Turkiye untuk membuat liputan tentang gempa bumi itu, bagus untuk ketahui yang saya dan ahli komuniti saya bertanggungjawab atas bencana ini,” katanya,” kata pembaca berita gay itu.

Sumber: The Jerusalem Post

Author

Antarabangsa

Dron baharu Houthi berjaya lepasi radar zionis, seorang maut, 10 cedera di Tel Aviv

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Jurucakap Houthi, Yahya Saree.
  • Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.
  • Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.
  • Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.

Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Tentera Israel menyatakan bahawa mereka sedang membuka siasatan untuk mengetahui mengapa sistem pertahanan udara negara itu tidak diaktifkan untuk memintas dron tersebut.

Tentera Israel turut berkata bahawa tentera udaranya meningkatkan rondaan di ruang udara negara itu sambil siasatan serangan dron di Tel Aviv itu diteruskan – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending