Connect with us

Antarabangsa

Lebih 4,800 kanak-kanak dakwa jadi mangsa penderaan seksual Gereja Katolik Portugal

Lebih 4,800 kanak-kanak didakwa menjadi mangsa penderaan seksual di Gereja Katolik Portugis, di mana 512 mangsa tampil mendedahkan perbuatan keji itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lebih 4,800 kanak-kanak dakwa jadi mangsa penderaan seksual Gereja Katolik Portugal
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Dari jumlah itu, 512 mangsa tampil mendedahkan perbuatan keji itu.
  • Pegawai kanan gereja Portugis sebelum ini dakwa hanya segelintir kes seumpama itu berlaku.
  • Panel pakar meneliti kes penderaan di gereja itu mendedahkan beberapa kisah mengerikan berhubung dakwaan perbuatan berkenaan disertakan dalam laporan akhir mereka.
  • Panel berkata, statut had untuk kebanyakan kes di dalam laporan itu sudah tamat tempoh dan hanya 25 dakwaan diserahkan kepada pihak pendakwa raya.
  • “Penderaan seksual kanak-kanak adalah jenayah kejam, ia adalah luka yang menyakitkan (mangsa) dan memalukan kami,” – Ketua Persidangan Biskop Portugis, Biskop Jose Ornelas.
  • Meskipun panel tidak mendedahkan nama mangsa, identiti pendera atau tempat penderaan berlaku, difahamkan senarai pendera sudah dihantar dan suspek dikatakan masih aktif di gereja.

LISBON, 23 Rejab 1444H, Selasa – Lebih 4,800 kanak-kanak didakwa menjadi mangsa penderaan seksual di Gereja Katolik Portugis, di mana 512 mangsa tampil mendedahkan perbuatan keji itu.

Pegawai kanan gereja Portugis sebelum ini mendakwa kononnya hanya segelintir kes seumpama itu berlaku.

Bagaimanapun, panel pakar yang meneliti kes penderaan di gereja itu mendedahkan beberapa kisah mengerikan berhubung dakwaan perbuatan berkenaan yang disertakan di dalam laporan akhir mereka.

Jawatankuasa Bebas untuk Kajian Penderaan Kanak-Kanak di Gereja Katolik – yang ditubuhkan biskop Portugis lebih setahun lalu – meneliti kes yang didakwa dari tahun 1950 dan seterusnya.

Difahamkan, laporan kes berkenaan akan dibincangkan pada mesyuarat tergempar 3 Mac ini.

Panel berkata, statut had untuk kebanyakan kes di dalam laporan itu sudah tamat tempoh dan hanya 25 dakwaan diserahkan kepada pihak pendakwa raya.

Ketua Persidangan Biskop Portugis, Biskop Jose Ornelas meminta maaf kepada mangsa kerana kegagalan pihak gereja menangani skala masalah itu.

“Penderaan seksual kanak-kanak adalah jenayah kejam, ia adalah luka yang menyakitkan (mangsa) dan memalukan kami,” katanya.

Pakar psikiatri yang mengetuai panel di Portugal, Pedro Strecht berkata, dianggarkan jumlah mangsa dalam tempoh kajian itu adalah sekurang-kurangnya 4,815.

Meskipun panel tidak mendedahkan nama mangsa, identiti pendera atau tempat penderaan berlaku, difahamkan senarai pendera sudah dihantar dan suspek dikatakan masih aktif di gereja. – Agensi

Sumber: Ismaweb

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *