Connect with us

Terkini

KKD tidak tapis, klasifikasi kandungan media sosial

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) tidak bercadang menjalankan sebarang tapisan atau pengklasifikasian kandungan bagi membenarkan dan tidak membenarkan sebarang bentuk aplikasi atau platform, untuk digunakan pengguna Internet di Malaysia. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Rasyidah Zulkifli

Published

on

KKD tidak tapis, klasifikasi kandungan media sosial
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
  • Tiada sebarang tapisan atau pengklasifikasian kandungan akan dijalankan bagi aplikasi WhatsApp, Wechat, Michat dan beberapa aplikasi chat lain.
  • Namun, jika ia jelas melanggar undang-undang, tindakan sewajarkan akan diambil.
  • Ini kerana tindakan undang-undang diambil berpandukan aduan daripada orang ramai dan pihak yang terkesan.
  • “…bukanlah kepada platform yang menjadi platform perkongsian kandungan atau maklumat.” – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) tidak bercadang menjalankan sebarang tapisan atau pengklasifikasian kandungan bagi membenarkan dan tidak membenarkan sebarang bentuk aplikasi atau platform, untuk digunakan pengguna Internet di Malaysia. 

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata ia merangkumi platform atau aplikasi permesejan segera seperti WhatsApp, Wechat, Michat dan beberapa aplikasi chat lain.

“Walau bagaimanapun, bagi aplikasi yang secara jelas melanggar peruntukan undang-undang seperti penipuan, penyamaran dan sebagainya, tindakan sewajarnya boleh diambil termasuk menyekat aplikasi berkenaan daripada digunakan oleh pengguna di Malaysia,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Fahmi berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Prabakaran M Parameswaran (PH-BATU) tentang adakah kerajaan berhasrat untuk mengkaji semula kebenaran penggunaan aplikasi Telegram, Wechat, Michat, dan beberapa aplikasi chat lain yang dilihat banyak pengaruh negatif untuk generasi muda.

Beliau berkata tindakan penguatkuasaan KKD adalah berpandukan aduan daripada masyarakat awam serta pihak yang terkesan, dan berlandaskan lunas-lunas perundangan sedia ada. 

“Sekiranya terdapat mana-mana pihak atau individu melakukan sebarang bentuk tindak tanduk atau memuat naik kandungan yang melanggar peruntukan undang-undang sedia ada, tindakan penguatkuasaan boleh diambil terhadap pihak atau individu yang berkenaan, bukanlah kepada platform yang menjadi platform perkongsian kandungan atau maklumat,” katanya. – The Merdeka Times

Author