Connect with us

Terkini

Kerajaan tidak pilih kasih salur bantuan banjir termasuk negeri pembangkang

Kerajaan tidak pernah bersikap pilih kasih dalam menyalurkan bantuan banjir kepada rakyat termasuklah di negeri-negeri yang ditadbir pembangkang.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan tidak pilih kasih salur bantuan banjir termasuk negeri pembangkang
Foto: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
  • Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tegaskan, sebarang perbezaan politik perlu diketepikan bagi pastikan rakyat terjejas dapat bantuan sewajarnya.
  • “Saya fikir dalam menangani soal banjir, ketepikan warna-warga politik berbeza demi rakyat dan kawasan yang kerap terkesan akibat banjir (dan) kita akan lakukan koordinasi,” katanya.
  • Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN – Rantau Panjang) yang bertanyakan bila peruntukan wang bantuan banjir kepada rakyat di kawasannya akan disalurkan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak pernah bersikap pilih kasih dalam menyalurkan bantuan banjir kepada rakyat termasuklah di negeri-negeri yang ditadbir pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, sebarang perbezaan politik perlu diketepikan bagi memastikan rakyat yang terjejas mendapat bantuan sewajarnya.

“Kita tidak pilih kasih, cuma prasangka (sesetengah pihak) sering dilemparkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), bukan saya.

“Saya fikir dalam menangani soal banjir, ketepikan warna-warga politik yang berbeza demi rakyat dan kawasan yang kerap terkesan akibat banjir (dan) kita akan lakukan koordinasi,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN – Rantau Panjang) yang bertanyakan bila peruntukan wang bantuan banjir kepada rakyat di kawasannya akan disalurkan.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Kemajuan Dewan Dan Wilayah berkata, proses penyaluran bantuan banjir kini sedang berjalan dan pihak yang terjejas bakal menerimanya dalam masa terdekat.

Ahmad Zahid dalam masa sama turut memuji kerjasama baik yang diberikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob sepanjang lawatannya ke negeri itu ketika musim banjir baru-baru ini.

“Terima kasih Menteri Besar Kelantan, dua kali saya turun dua kali beliau bersama dengan saya, mungkin Menteri Besar Terengganu (Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pula) tidak berkesempatan kerana sibuk di luar negara,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *