Connect with us

Antarabangsa

Kebebasan bersuara di Malta dipersoal, dua wartawan didakwa di mahkamah selepas temubual bekas LGBT

Dua wartawan bebas dari Malta membangkitkan kebimbangan kebebasan bersuara selepas mereka didakwa di mahkamah susulan temu bual dengan bekas LGBT.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kebebasan bersuara di Malta dipersoal, dua wartawan didakwa di mahkamah selepas temubual bekas LGBT
Foto: Mario Camilleri (kiri) dan Rita Bonnici (kanan).
  • Editor Mario Camilleri dan wartawan Rita Bonnici dari PMnews Malta dikenakan perintah pendakwaan selepas menjalankan sesi temu bual dengan seorang penganut Kristian, Matthew Grech, tahun lalu. 
  • Ini berhubung kisah bekas LGBT itu yang menjelaskan dia meninggalkan tingkah laku homoseksual kerana kepercayaannya.
  • Camilleri, Bonnici dan Grech menghadapi pertuduhan melanggar Artikel 3 Akta Pengesahan Orientasi Seksual, Jantina dan Ekspresi Jantina Malta.
  • Kesalahan itu membawa kepada denda €5,000 (RM23,245) atau penjara sehingga lima bulan.

EROPAH – Dua wartawan bebas dari Malta membangkitkan kebimbangan kebebasan bersuara selepas mereka didakwa di mahkamah susulan temu bual dengan bekas LGBT.

Editor Mario Camilleri dan wartawan Rita Bonnici dari PMnews Malta dikenakan perintah pendakwaan selepas menjalankan sesi temu bual dengan seorang penganut Kristian, Matthew Grech, tahun lalu. 

Ini berhubung kisah Grech yang menjelaskan dia meninggalkan tingkah laku homoseksual kerana kepercayaannya.

Camilleri, Bonnici dan Grech menghadapi pertuduhan mengiklankan terapi penukaran yang melanggar Artikel 3 Akta Pengesahan Orientasi Seksual, Jantina dan Ekspresi Jantina Malta.

Kesalahan itu membawa kepada denda €5,000 (RM23,245) atau penjara sehingga lima bulan.

Merujuk transkrip temu bual, Grech tidak pernah menjemput sesiapa pun untuk menghadiri terapi bagi mengubah orientasi seksual atau identiti jantina mereka.

Tetapi menjelaskan bagaimana dia mula percaya bahawa homoseksual bukan identiti, sebaliknya amalan yang tidak serasi dengannya dan juga kepercayaan dalam agama Kristian. 

Kedua-dua Camilleri dan Bonnici ada kalanya menolak beberapa dakwaan Grech semasa wawancara.

Sumber: FOX News

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *