Connect with us

Terkini

Isu doktor kontrak: Solusi bergantung kepada Belanjawan 2023

Pengambilan pegawai perubatan tetap di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dijamin akan diperketatkan.

Wartawan TMT

Published

on

Isu doktor kontrak: Solusi bergantung kepada Belanjawan 2023
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Apa sahaja yang kita minta seperti doktor kontrak, fasiliti dan semuanya bergantung kepada Belanjawan 2023.” – Pegawai perubatan Hospital Shah Alam, Selangor, Dr B Abirami
  • Antara yang turut dibincangkan adalah berkaitan isu buli dalam kalangan pegawai perubatan akan ditangani segera.
  • Menteri Kesihatan, Dr Zaliha turut menyatakan bahawa pemilihan pegawai perubatan ke jawatan tetap perlu dilakukan secara telus dan diperketatkan.

PUTRAJAYA – Pengambilan pegawai perubatan tetap di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dijamin akan diperketatkan.

Perkara itu dimaklumkan oleh pegawai perubatan siswazah, Dr Nurul Qashira Mohd Izlan selepas menghadiri sesi dialog Hartal Doktor Kontrak bersama Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa pada Rabu.

Menurutnya, langkah tersebut bagi memastikan hanya pegawai perubatan yang benar-benar layak mengisi jawatan tersebut.

“Saya rasa ini bagus dan KKM sedang meneliti kriteria,” katanya pada Rabu.

Menurutnya, Dr Zaliha turut menyatakan bahawa pemilihan pegawai perubatan ke jawatan itu perlu dilakukan secara telus.

“Selain itu, mereka juga memberi petunjuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengisi kekosongan jawatan tetap,” katanya yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur.

Sementara itu, Pegawai perubatan Hospital Shah Alam, Selangor, Dr B Abirami berkata, pelbagai isu melibatkan pelbagai bidang perubatan diutarakan di dalam sesi tersebut.

“Secara asasnya, jawapan yang diberikan adalah berdasarkan peruntukan Belanjawan 2023.

“Apa sahaja yang kita minta seperti doktor kontrak, fasiliti dan semuanya bergantung kepada Belanjawan 2023,” katanya yang telah berkhidmat secara kontrak selama lima tahun.

Dalam pada itu, pegawai perubatan Hospital Melaka, Dr Mohammad Firdaus Omar berkata, antara yang turut dibincangkan adalah berkaitan isu buli dalam kalangan pegawai perubatan akan ditangani segera.

“Dr Zaliha menjelaskan ada isu yang boleh diselesaikan segera seperti buli dan ada isu yang memerlukan masa untuk diselesaikan,” katanya.

Terdahulu, seramai 400 pegawai perubatan dan petugas kesihatan hadir pada sesi tersebut yang berlangsung lebih dua jam.

Sesi dialog itu dibuat selepas permintaan berulang kali daripada kumpulan Hartal Doktor Kontrak dan pergerakan penjagaan kesihatan lain untuk bertemu dengan Dr Zaliha bagi mendengar keluhan pekerja kesihatan.

Mereka terkilan dengan masalah yang menyelubungi sistem penjagaan kesihatan khususnya sistem kontrak dan tenaga kerja.

Bagaimanapun, media melaporkan Dr Zaliha menasihatkan pekerja dalam sektor kesihatan awam supaya tidak terlibat dalam sebarang mogok tanpa pemberitahuan kerana ia tidak menyelesaikan masalah.

Sumber: Sinar Harian

Author

Terkini

SPM 2023: Trend pelajar ambil subjek Matematik Tambahan, Sains Tulen menurun

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.
  • Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 
  • “Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

MOSTI berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.

Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 

“Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

MOSTI bagaimanapun memaklumkan semua empat mata pelajaran elektif STEM membabitkan Sains Tulen (Fizik, Kimia dan Biologi) serta Matematik Tambahan menunjukkan peningkatan prestasi berbanding tahun sebelumnya. 

Katanya, mata pelajaran Fizik mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 0.22 dan menjadi mata pelajaran berprestasi terbaik dalam kumpulan elektif STEM dengan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 4.15 mata.

“Pembelajaran fizik adalah amat penting dalam pelbagai bidang sains, justeru murid yang menguasai bidang ini berpotensi menjadi bakat dalam bidang kejuruteraan, sains perubatan dan pelbagai bidang teknologi. 

“Ujian Amali Sains (UAS) sebagai satu daripada kertas peperiksaan Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan pula, adalah selari strategi memartabatkan pendidikan STEM di bawah Teras 4 Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030; untuk membina Bakat STI yang Adaptif,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending