Connect with us

Terkini

iDME tidak dimansuh tetapi ditambah baik

Kementerian Pendidikan (KPM) buat masa ini, tidak akan memansuhkan Sistem Pengurusan Identiti (iDME), sebaliknya akan terus menambah baik sistem itu dari semasa ke semasa.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kementerian Pendidikan (KPM) buat masa ini, tidak akan memansuhkan Sistem Pengurusan Identiti (iDME), sebaliknya akan terus menambah baik sistem itu dari semasa ke semasa.
Foto: Sistem Pengurusan Identiti (iDME).
  • Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata susulan pelbagai masalah yang timbul dalam penggunaan sistem berkenaan, KPM mengambil langkah memastikan guru boleh mengisi maklumat secara dalam atau luar talian.
  • “Bagaimanapun, dengan isu yang berlaku seperti guru tertekan dan sebagainya, kita ambil maklum dan terus memperbaiki sistem ini dari semasa ke semasa.
  • “Banyak lagi sistem yang akan mereka isi, tapi saya akan pastikan sistem ini sentiasa ‘on track’ untuk memastikan tiada lagi kesan yang seperti yang dinyatakan,” katanya

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) buat masa ini, tidak akan memansuhkan Sistem Pengurusan Identiti (iDME), sebaliknya akan terus menambah baik sistem itu dari semasa ke semasa.

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata susulan pelbagai masalah yang timbul dalam penggunaan sistem berkenaan, KPM mengambil langkah akomodatif dalam memastikan guru boleh mengisi maklumat secara dalam atau luar talian.

“Bagaimanapun, dengan isu yang berlaku seperti guru yang tertekan dan sebagainya, kita ambil maklum dan terus memperbaiki sistem ini dari semasa ke semasa.

“Banyak lagi sistem yang akan mereka isi, tapi saya akan pastikan sistem ini sentiasa ‘on track’ untuk memastikan tiada lagi kesan yang seperti yang dinyatakan,” katanya pada sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi KPM di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab celahan Jamaludin Yahya (PN-Pasir Salak) yang bertanya sama ada KPM akan menghapuskan iDME selepas sebilangan guru menyatakan sistem itu menyusahkan dan menyebabkan mereka tertekan.

Baru-baru ini, BH melaporkan, warga pendidik meminta iDME dimansuhkan atau dinaik taraf terlebih dahulu kerana ia memberi satu bebanan dalam kalangan guru.

Mereka berpendapat, sistem sedia ada lebih mudah berbanding iDME yang bukan saja menyusahkan, malah dianggap seperti kerja sia-sia apabila perlu melakukan perkara sama berulang kali, antaranya data yang dimasukkan dikatakan ‘hilang’ apabila sistem itu dibuka semula kemudian.

Mengenai pemansuhan sebarang bentuk pertandingan yang tidak memberi impak besar kepada pembelajaran murid bagi mengurangkan beban tugas guru yang diumumkan baru-baru ini, Fadhlina berkata, KPM akan mengeluarkan surat pekeliling iktisas bagi memperincikan perkara itu sebelum sesi persekolahan 2023/24 bermula.

Selain itu, beliau memaklumkan, KPM melaksanakan pengambilan 22,327 guru pada 2021 dan 2022, dan ditempatkan di sekolah KPM di seluruh negara dalam usaha mengatasi masalah kekurangan guru.

“Pengambilan guru akan berterusan dari semasa ke semasa, tertakluk kepada kekosongan jawatan dan keperluan opsyen mata pelajaran,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author