Connect with us

Terkini

Hampir 20 peratus Generasi Z Amerika Syarikat dikategorikan LGBT – Kajian

Hampir satu daripada lima (19.7 peratus) Generasi Z (lahir antara 1997 dan 2004) dari Amerika Syarikat menganggap diri mereka sebahagian komuniti LGBT, lapor Christian Post.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Hampir 20 peratus Generasi Z Amerika Syarikat dikategorikan LGBT – Kajian
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Menurut data kajian Gallup, 13.1 peratus rakyat Amerika mengkategorikan diri mereka biseksual, 3.4 peratus; gay, 2.2 peratus; lesbian, 1.9 peratus; trans dan 1.5 peratus memilih kategori “LGBT lain” apabila ditanya tentang orientasi seksual mereka.
  • Tinjauan baharu dikeluarkan Rabu lalu itu mengkaji pengenalan diri rakyat Amerika dengan komuniti LGBT berdasarkan respons lebih 10,700 orang dewasa di negara itu yang dikumpulkan pada tahun 2022.

Hampir satu daripada lima (19.7 peratus) Generasi Z (lahir antara 1997 dan 2004) dari Amerika Syarikat menganggap diri mereka sebahagian komuniti LGBT, lapor Christian Post.

Menurut data kajian Gallup, 13.1 peratus rakyat Amerika mengkategorikan diri mereka biseksual, 3.4 peratus; gay, 2.2 peratus; lesbian, 1.9 peratus; trans dan 1.5 peratus memilih kategori “LGBT lain” apabila ditanya tentang orientasi seksual mereka.

Tinjauan baharu dikeluarkan Rabu lalu itu mengkaji pengenalan diri rakyat Amerika dengan komuniti LGBT berdasarkan respons lebih 10,700 individu dewasa di negara itu yang dikumpulkan pada 2022. 

Bahagian dewasa yang tergolong dalam komuniti LGBT menurun dalam susunan menurun mengikut generasi dengan 11.3 peratus milenium (lahir antara 1981 dan 1996) mempunyai populasi LGBT yang jauh lebih besar daripada Generasi X (3.3 peratus), baby boomer (2.7 peratus) dan generasi senyap (1.7 peratus).

Generasi X dikategorikan sebagai mereka yang lahir di antara 1965 dan 1980, manakala baby boomer dilahirkan antara 1946 dan 1964 dan generasi senyap dilahirkan sebelum 1946.

“Dengan lebih ramai golongan muda daripada individu dewasa lebih tua melihat diri mereka sebagai sesuatu selain heteroseksual, LGBT menyumbang kepada keseluruhan populasi dewasa A.S. dijangka berkembang pada tahun-tahun akan datang.

“Bagaimanapun, pertumbuhan ini bergantung kepada golongan muda yang memasuki alam dewasa pada tahun-tahun akan datang yang berkemungkinan besar ingin dikenal pasti sebagai LGBT berbanding ibu bapa, datuk dan nenek serta moyang mereka,” kata Pengarang Kanan Gallup, Jeffrey M. Jones dalam laporan itu.

Sumber : Christian Post

Author