Antarabangsa
Banduan transgender ‘berisiko’, ada alat kelamin lelaki diharamkan dari penjara wanita England, Wales
Banduan transgender yang menimbulkan risiko kepada banduan lain akan diharamkan daripada penjara wanita di England dan Wales bermula hari ini, lapor Mail Online News.

- Ia berikutan kebimbangan yang semakin meningkat tentang risiko ditimbulkan banduan transgender.
- Langkah itu akan terpakai tanpa mengira sama ada banduan mempunyai sijil pengiktirafan jantina atau tidak.
- Kementerian Kehakiman UK merekodkan 230 banduan transgender di England dan Wales hingga Mac lalu.
- Kini transgender tidak boleh ditahan di penjara wanita melainkan ada kelulusan khas menteri.
Banduan transgender yang menimbulkan risiko kepada banduan lain akan diharamkan daripada penjara wanita di England dan Wales bermula hari ini, lapor Mail Online News.
Tindakan itu akan dikenakan kepada transgender yang didapati bersalah atas pertuduhan seksual atau ganas dan transgender dengan alat kelamin lelaki.
Ia berikutan kebimbangan yang semakin meningkat tentang risiko ditimbulkan banduan transgender.
Setiausaha Kehakiman, Dominic Raab berkata langkah itu akan terpakai tanpa mengira sama ada banduan mempunyai sijil pengiktirafan jantina atau tidak.
Bagaimanapun terdapat pengecualian bagi kes luar biasa membabitkan banduan transgender itu jika mendapat kelulusan menteri.
Kementerian Kehakiman UK merekodkan 230 banduan transgender di England dan Wales hingga Mac lalu.
Sumber Kementerian Kehakiman berkata pendekatan semasa membenarkan transgender ditempatkan di tahanan wanita jika penilaian risiko mengatakan selamat untuk menahan mereka di sana.
‘Kami kini pergi lebih jauh, memastikan transgender yang mengekalkan kemaluan lelaki atau disabitkan kesalahan seks atau kekerasan tidak boleh ditahan di penjara wanita melainkan ada keputusan jelas oleh menteri,” katanya.
Sumber: Mail Online
