Terkini
Bajet 2023: Kebajikan golongan M40 perlu diberi perhatian
Kebajikan rakyat khususnya golongan M40 bawahan perlu diberikan perhatian khusus dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan 24 Februari ini.
- Ahli Jawatankuasa Pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah), Faiz Fadzil berkata, bantuan seperti sumbangan tunai ‘cash handout’ diharap dapat diluas pada golongan M40 bawahan selain perkenalkan beberapa pembaharuan cukai.
- “Golongan M40 sering dianaktirikan terutamanya yang berpendapatan bawah kadar pendapatan penengah M40.”
- “Saya sambut baik kenyataan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli untuk kaji semula kumpulan pendapatan isi rumah dalam negara ini berdasarkan perubahan struktur pendapatan dan perbelanjaan rakyat, kos sara hidup dan kuasa beli bagi pastikan bantuan kerajaan lebih bersasar.
- “Justeru sistem percukaian lebih prihatin diperkenalkan dalam Belanjawan 2023 iaitu potongan kadar cukai bermakna, pengecualian cukai atas bonus serta pengenalan kurungan pendapatan (income bracket) lebih lebar supaya kadar cukai efektif atas golongan M40 bawahan dapat dikurangkan,” katanya.
SHAH ALAM – Kebajikan rakyat khususnya golongan M40 bawahan perlu diberikan perhatian khusus dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan 24 Februari ini.
Ahli Jawatankuasa Pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah), Faiz Fadzil berkata, bantuan seperti sumbangan tunai ‘cash handout’ diharap dapat diperluas kepada golongan M40 bawahan selain memperkenalkan beberapa pembaharuan cukai.
Katanya, golongan M40 sering dianaktirikan terutamanya mereka yang berpendapatan bawah kadar pendapatan penengah M40.
“Saya menyambut baik kenyataan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli untuk mengkaji semula kumpulan pendapatan isi rumah dalam negara ini berdasarkan perubahan struktur pendapatan dan perbelanjaan rakyat, kos sara hidup dan kuasa beli bagi memastikan bantuan kerajaan yang lebih bersasar.
“Walaupun mereka adalah pembayar cukai yang setia, kita lihat dua kerajaan terdahulu tidak begitu berminat mengurangkan beban golongan ini,” ujarnya dalam satu kenyataan di laman Facebook pada Jumaat.
Tambah Faiz, bagaimanapun beliau percaya kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih prihatin terhadap kesulitan yang dialami golongan itu.
“Justeru sistem percukaian lebih prihatin diperkenalkan dalam Belanjawan 2023 iaitu potongan kadar cukai bermakna, pengecualian cukai atas bonus serta pengenalan kurungan pendapatan (income bracket) yang lebih lebar supaya kadar cukai efektif atas golongan M40 bawahan dapat dikurangkan.
“Tiga kaedah pembaharuan cukai ini dapat menyuntik tunai ke dalam poket rakyat M40 yang memerlukan.Ramai pakar ekonomi berpendapat kadar cukai atas M40 adalah tidak selari dengan pendapatan mereka dan sepatutnya, dikurangkan,” jelasnya.
Dalam masa sama, beliau turut berpendapat keperluan bonus yang diterima rakyat M40 bawahan perlu dikecualikan cukai.
“Jika dilaksanakan, ia dapat membantu mereka meningkatkan pendapatan boleh guna atau kuasa beli, seterusnya mewujudkan kesan pengganda ‘multiplier effect’ untuk ekonomi.
“Sejak Kerajaan Perpaduan dibentuk, ia melaksanakan pelbagai pembaharuan yang penting. Momentum ini perlu dipertingkatkan melalui Belanjawan 2023 dengan mengangkat kebajikan golongan M40 terutamanya M40 bawahan,” ujarnya.
Sumber: Sinar Harian