Connect with us

Terkini

Bajet 2023: Cuepacs mohon gaji penjawat awam naik

Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon pertimbangan kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam bagi Belanjawan 2023 yang bakal dibentangkan di Parlimen pada Jumaat ini sebagai penyelesaian masalah peningkatan kos sara hidup.

Wartawan TMT

Published

on

Bajet 2023: Cuepacs mohon gaji penjawat awam naik
Foto: Pengerusi Cuepacs, Datuk Adnan Mat.
  • Kunci utama untuk negara keluar dari belenggu kos sara hidup adalah dengan kaedah meningkatkan kadar gaji serta upah pekerja. – Pengerusi Cuepacs, Datuk Adnan Mat
  • “Faktor gaji dan upah jadi perkara mendesak pada masa ini kerana kadar semasa dilihat tidak lagi relevan dengan kos sara hidup meningkat dengan begitu mendadak terutama melibatkan keperluan asas seperti makanan, kesihatan dan perumahan.”
  • “Tambahan pula sistem saraan perkhidmatan awam diguna pakai buat masa ini sudah lama tidak dikaji sejak November 2002 dan tidak sesuai lagi dengan persekitaran ekonomi semasa.”
  • “Jadi kita harapkan sebuah sistem saraan yang baharu dengan model gaji dan upah mampu tingkatkan pendapatan rakyat lebih baik berbanding peningkatan kos sara hidup,” katanya.

SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon pertimbangan kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam bagi Belanjawan 2023 yang bakal dibentangkan di Parlimen pada Jumaat ini sebagai penyelesaian masalah peningkatan kos sara hidup.

Pengerusinya, Datuk Adnan Mat berpandangan, kunci utama untuk negara keluar daripada belenggu kos sara hidup adalah dengan kaedah meningkatkan kadar gaji serta upah pekerja.

“Faktor gaji dan upah menjadi perkara yang mendesak pada masa ini kerana kadar semasa dilihat tidak lagi relevan dengan kos sara hidup yang meningkat dengan begitu mendadak terutama melibatkan keperluan asas seperti makanan, kesihatan dan perumahan.

“Tambahan pula sistem saraan perkhidmatan awam yang diguna pakai buat masa ini sudah lama tidak dikaji iaitu sejak November 2002 dan tidak sesuai lagi dengan persekitaran ekonomi semasa.

“Jadi kita harapkan sebuah sistem saraan yang baharu dengan model gaji dan upah yang mampu meningkatkan pendapatan rakyat lebih baik berbanding peningkatan kos sara hidup,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut Adnan, rakyat ingin melihat suatu perubahan yang benar-benar serius ke atas kaedah menangani kos sara hidup pada ketika ini.

“Kunci kepada negara untuk keluar daripada kancah kos sara hidup ini menerusi kaedah meningkatkan gaji dan upah pekerja. Peningkatan gaji dan upah menjadi perkara yang mendesak sekarang.

“Jadi ia adalah wajar untuk kerajaan memberi keutamaan dalam menaikkan gaji penjawat awam melalui belanjawan yang akan dibentangkan nanti di samping melaksanakan langkah-langkah mengawal kenaikan kos sara hidup,” ujarnya.

Tambah beliau, kenaikan gaji tahunan pula perlu ditetapkan pada kadar minimum RM180 setahun untuk mengimbangi kos sara hidup.

Sementara itu mengenai hal pemilikan perumahan pula, Adnan menyatakan pihaknya berharap terdapat berita gembira yang akan diberikan oleh kerajaan melalui belanjawan 2023.

“Cuepacs memberi keyakinan yang penuh kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melihat dan menyelesaikan permasalahan penjawat awam dalam isu pemilikan kediaman mampu milik.

“Sejak 2018 semua pembinaan rumah mampu milik untuk kakitangan awam telah dihentikan oleh kerajaan pada ketika itu,” jelasnya.

Justeru, Adnan menjelaskan langkah tersebut dilihat menyukarkan penjawat awam untuk membeli kediaman sendiri dan terpaksa terus menghuni kuarters kerajaan atau menyewa seperti biasa.

“Penetapan harga kediaman mampu milik pula mestilah di bawah RM300,000. Penjawat awam tidak meminta perumahan percuma kerana kami sanggup membelinya tetapi harga yang ditawarkan oleh pemaju ketika ini sangat tidak masuk akal dengan kadar gaji semasa penjawat awam.

“Bayangkan kediaman di sekitar Putrajaya rata-ratanya bermula dengan harga RM400,000 ke atas dan bagaimana penjawat awam yang kebanyakan dalam kalangan B40 dan M40 mampu membelinya,” soal Adnan.

Dalam pada itu, Adnan juga berharap kerajaan meneliti dan menyelaraskan semula pemberian beberapa elaun bersesuaian dengan situasi semasa yang dihadapi penjawat awam.

“Meskipun tidak menjurus kepada kenaikan gaji, penyelarasan semula elaun penjawat awam sedikit sebanyak mampu mengurangkan kesan peningkatan kos sara hidup sekali gus memberi kuasa membeli yang selesa.

“Belanjawan kali ini juga perlu melihat perkara-perkara yang masih tertinggal dan tidak dilaksanakan sepenuhnya sebelum ini seperti permohonan penebusan awal gantian cuti rehat (GCR) pada tahun lepas yang masih tidak dibayar.

“Peruntukan untuk penebusan awal GCR ini sepatutnya diberikan kepada semua penjawat awam yang memohon dan bukanlah diberi berdasarkan sejumlah peruntukan sahaja,” jelas beliau.

Sumber: Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Penceramah terpalit kes jenayah rogol didakwa beri khutbah Jumaat, Pejabat agama Islam Petaling masih siasat – JAIS

Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling sedang menjalankan siasatan terhadap isu penceramah bebas, Muhammad Fathi Naim Mazlam yang berdepan tuduhan jenayah rogol tetapi dilihat memberikan khutbah Jumaat di sebuah masjid di Bandar Sri Damansara, hari ini.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Penceramah bebas, Muhammad Fathi Na’im.
  • Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling sedang menjalankan siasatan terhadap isu penceramah bebas, Muhammad Fathi Naim Mazlam yang berdepan tuduhan jenayah rogol tetapi dilihat memberikan khutbah Jumaat di sebuah masjid di Bandar Sri Damansara, hari ini.
  • Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata setelah laporan penuh berkaitan isu berkenaan didapati, Unit Pengurusan Masjid Daerah (UPMD) Petaling akan membuat laporan siasatan dan tindakan akan diambil berdasarkan peruntukan peraturan.
  • Beliau memaklumkan tauliah mengajar Fathi digantung sejak 6 April 2023 dan ia tamat pada 30 Jun 2023 serta pemohon juga tidak menyambung tauliah berkenaan.
  • Beliau berkata demikian ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini ketika diminta mengulas dakwaan Fathi memberikan khutbah Jumaat di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, sedangkan beliau kini berdepan tuduhan jenayah rogol gadis bawah umur.

KUALA LUMPUR — Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling sedang menjalankan siasatan terhadap isu penceramah bebas, Muhammad Fathi Naim Mazlam yang berdepan tuduhan jenayah rogol tetapi dilihat memberikan khutbah Jumaat di sebuah masjid di Bandar Sri Damansara, hari ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata setelah laporan penuh berkaitan isu berkenaan didapati, Unit Pengurusan Masjid Daerah (UPMD) Petaling akan membuat laporan siasatan dan tindakan akan diambil berdasarkan peruntukan peraturan.

Beliau memaklumkan tauliah mengajar Fathi digantung sejak 6 April 2023 dan ia tamat pada 30 Jun 2023 serta pemohon juga tidak menyambung tauliah berkenaan.

“Isu (Fathi) berkhutbah di Masjid Bandar Sri Damansara, PAID Petaling masih menjalankan siasatan terhadap perkara tersebut.

“Setelah mendapat laporan penuh UPMD Petaling akan membuat laporan siasatan dan tindakan akan dilaksanakan berdasarkan peruntukan peraturan,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini ketika diminta mengulas dakwaan Fathi memberikan khutbah Jumaat di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, sedangkan beliau kini berdepan tuduhan jenayah rogol gadis bawah umur.

Fathi pada November 2022 dilaporkan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Klang atas sembilan pertuduhan merogol, amang seksual dan melakukan hubungan seks dengan objek terhadap seorang remaja antara Jun 2021 dan Februari 2022.

Bagi kesalahan merogol dan melakukan amang seksual, bapa lapan anak itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017, masing-masing memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan melakukan hubungan seks dengan objek, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di  https://support.themerdekatimes.com

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending