Antarabangsa
Transgender pertama AS jalani hukuman mati, mungkin diakhiri hayatnya melalui suntikan maut
Seorang wanita transgender akan menjadi transgender pertama yang bakal menjalani hukuman mati di Amerika Syarikat (AS) kecuali diberikan pengampunan oleh Gabenor Missouri, Mike Parson.
- Transgender wanita, Amber McLaughlin, 49, dijadualkan menjalani hukuman mati melalui suntikan maut pada Selasa kerana membunuh bekas teman wanitanya pada 2003.
- Peguamnya, Larry Komp, bagaimanapun telah mengemukakan petisyen kepada Parson untuk mendapatkan pengampunan.
- McLaughlin dikatakan pernah melalui zaman kanak-kanak yang traumatik serta mempunyai masalah kemurungan dan pernah cuba membunuh diri beberapa kali.
- Sewaktu masih seorang lelaki asli, McLaughlin menjalin hubungan dengan teman wanitanya Beverly Guenther, 45.
- Namun pada malam 20 November 2003, jiran Guenther menghubungi polis apabila dia gagal pulang ke rumah kerana dibunuh McLaughlin.
- Setakat ini, tiada banduan transgender dihukum mati di AS, demikian menurut Pusat Maklumat Hukuman Mati.
NEW YORK – Seorang wanita transgender akan menjadi transgender pertama yang bakal menjalani hukuman mati di Amerika Syarikat (AS) kecuali diberikan pengampunan oleh Gabenor Missouri, Mike Parson.
Amber McLaughlin, 49, dijadualkan menjalani hukuman mati melalui suntikan maut pada Selasa kerana membunuh bekas teman wanitanya pada 2003, lapor The Indian Express.
Peguamnya, Larry Komp, bagaimanapun telah mengemukakan petisyen kepada Parson untuk mendapatkan pengampunan.
McLaughlin dikatakan pernah melalui zaman kanak-kanak yang traumatik serta mempunyai masalah kemurungan dan pernah cuba membunuh diri beberapa kali, menurut petisyen itu.
Seorang rakan di penjara berkata dia melihat perubahan peralihan jantina McLaughlin daripada lelaki kepada wanita.
Sewaktu masih seorang lelaki asli, McLaughlin menjalin hubungan dengan teman wanitanya Beverly Guenther, 45.
Suspek akan muncul di St Louis tempat Guenther bekerja dan kadang-kadang bersembunyi di dalam bangunan, menurut rekod mahkamah.
Sehinggakan pegawai polis kadang-kadang mengiringi bekas teman wanitanya ke kereta selepas bekerja.
Namun, pada malam 20 November 2003, jiran Guenther menghubungi pihak polis apabila dia gagal pulang ke rumah kerana dipercayai dibunuh McLaughlin .
Sehari kemudian, suspek memimpin polis ke berhampiran Sungai Mississippi, tempat di mana mayat itu dibuang.
Setakat ini, tiada banduan transgender dihukum mati di AS, demikian menurut Pusat Maklumat Hukuman Mati.
Sumber: The Indian Express