Connect with us

Terkini

‘Telah lama kita abaikan undi golongan bukan Melayu,’ – Timbalan Presiden UMNO

UMNO mesti  meneroka potensi politik yang bersesuaian dengan keadaan semasa bagi mengelakkan kehilangan undi Melayu dan tidak mendapat undi bukan Melayu, yang akan menjadi resepi kematian buat parti itu.

Wartawan TMT

Published

on

‘Telah lama kita abaikan undi golongan bukan Melayu,’ - Timbalan Presiden UMNO
Foto: Datuk Seri Mohamad Hasan.
  • Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata sokongan bukan melayu merosot sehingga tewas mendapat walau lima peratus sokongan daripada mereka. Telah lama kita abaikan, undi golongan bukan Melayu.
  • Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata dengan pendirian yang diambil UMNO dalam menyokong penubuhan Kerajaan Perpaduan, ia mungkin akan membuka ruang untuk masyarakat bukan Melayu.
  • “Pokoknya, UMNO tidak menyertai PH, ataupun membelakangkan PN (Perikatan Nasional). Kita memilih, mengutamakan Malaysia,” katanya.

KUALA LUMPUR – UMNO mesti  meneroka potensi politik yang bersesuaian dengan keadaan semasa bagi mengelakkan kehilangan undi Melayu dan tidak mendapat undi bukan Melayu, yang akan menjadi resepi kematian buat parti itu.

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata untuk itu parti mestilah meneroka strategi lautan biru sekiranya ingin memastikan kelangsungan.

“Sokongan masyarakat bukan Melayu merosot dengan amat drastik, semenjak beberapa pilihan raya umum lepas. Sehingga dalam keadaan tertentu, kita tewas kerana tidak mampu mendapat walau lima peratus sokongan daripada mereka. Telah lama kita abaikan, undi golongan bukan Melayu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian serentak Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di sini malam ini.

Turut hadir tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Setiausaha Agung Datuk Seri Ahmad Maslan dan ketua ketiga-tiga sayap.

Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata dengan pendirian yang diambil UMNO dalam menyokong penubuhan Kerajaan Perpaduan,  ia mungkin akan membuka ruang untuk masyarakat bukan Melayu, membina semula keyakinan kepada UMNO bahawa UMNO adalah parti yang rasional serta mengutamakan rakyat, perpaduan dan kepentingan nasional.

Menyentuh mengenai penyertaan UMNO dan BN dalam Kerajaan Perpaduan, Mohamad berkata sokongan parti tidak membuta tuli sebaliknya merundinginya dengan cermat.

Beliau berkata UMNO akan berperanan dalam kerajaan, dengan memperjuangkan dasar yang lebih baik, idea yang lebih bernas, amalan yang lebih telus dan pemikiran yang lebih besar dan pragmatik. 

“Walaupun UMNO adalah sebahagian daripada kerajaan, UMNO akan menjadi wadah semak dan imbang, yang tegas dan benar-benar efektif,” katanya.

Mohamad yang juga Menteri Pertahanan dalam pada itu berkata penyertaan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan adalah jalan terbaik kerana ia memberikan UMNO peranan yang unik dan strategik.

“Saya faham bahawa ramai yang mempersoalkan mengapa kita memilih untuk bekerjasama dengan PH (Pakatan Harapan).

“Pokoknya, UMNO tidak menyertai PH, ataupun membelakangkan PN (Perikatan Nasional). Kita memilih, mengutamakan Malaysia,” katanya dan menambah sokongan itu berikutan UMNO merasa bertanggungjawab untuk tampil dan menjadi penyelesai kepada usaha pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Mohamad berkata bekerjasama dengan PH, telah menjadikan UMNO parti yang akan mewakili, kepentingan Melayu terbesar dalam kerajaan. 

“Ini adalah sesuatu yang tidak akan dapat UMNO lakukan jika menyertai kerajaan pimpinan PN kerana UMNO berada dalam kedudukan ketiga sebagai kuasa politik Melayu, dalam perikatan sedemikian,” katanya.

Sumber: BERNAMA

 

 

 

Author

Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending